“Orang lain pulak dapat spotlight” – [VIDEO] Aksi Comel Abang Rider Berpelampung Curi Perhatian Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Orang lain pulak dapat spotlight” – [VIDEO] Aksi Comel Abang Rider Berpelampung Curi Perhatian Netizen

Macam yang kita semua tahu, bencana banjir sedang melanda banyak negeri di Malaysia sekarang ini. Ketika ramai yang terjejas, masih ada juga individu yang kuat semangat dan terus melanjutkan pekerjaannya walaupun terkesan dengan banjir tersebut.

Dalam pada banyak cerita-cerita menyayat hati yang kita dengar atau lihat sebelum ini, ada juga yang tampil menghiburkan, walaupun secara mereka tak sedar.


Contohnya macam klip temu ramah yang dikongsi oleh Nazrudin Rahman, bekas pengacara Jalan Jalan Cari Makan melalui laman Twitter miliknya. Orang lain yang kena interview, orang lain pulak yang dapat spotlight!

Bertempat di Selangor, klip berdurasi 45 saat itu melihatkan seorang lelaki sedang ditemu ramah oleh pengacara dari program Malaysia Hari Ini (MHI).

Namun, datang seorang rider yang lengkap bertopi keledar dan membawa beg penghantarannya melihat ke arah kamera beberapa kali sambil membuat tanda peace. Nampak sangat first time masuk TV tu bang.

Lebih menghiburkan, abang Grab itu juga dilihat memegang sebuah pelampung berwarna-warni, bersesuaian dengan situasi di belakang di mana air banjir telah naik ke paras betis. Alahai, orang Malaysia ni bila je tak kelakar?

“Hantar makanan pakai pelampung, next level ni.” – Netizen

Rata-rata netizen di ruangan komen tak kering gusi melihat gelagat random dari abang Grab itu. Mana tidaknya, dengan peace-nya, dengan pelampung banyak warnanya.

9 4Sumber: Twitter

Ada juga yang berseloroh, mengatakan tak ada perkara yang mampu menghalang golongan rider, termasuklah banjir.

8 VertSumber: Twitter

Apabila semua sedang berduka dengan banjir, abang rider sentiasa ada untuk hiburkan semua! Semoga dimurahkan rezeki, bang.

Sumber: Twitter

Baca: [VIDEO] Lawak! Lelaki Dirakam Jala Ikan Tengah Jalan Buat Ramai Terhibur

Captures 2

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Imran Azizi
Lagi tulisan Imran
Pelajar Human Resources yang gemar menulis. Berambut sikat tepi, meminati pelbagai jenis muzik dan handal bermain FPL.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Orang lain pulak dapat spotlight” – [VIDEO] Aksi Comel Abang Rider Berpelampung Curi Perhatian Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/orang-lain-pulak-dapat-spotlight-video-aksi-comel-abang-rider-berpelampung-curi-perhatian-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM