in

[VIDEO] Lawak! Lelaki Dirakam Jala Ikan Tengah Jalan Buat Ramai Terhibur

Fi Jala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa negeri di Semenanjung Malaysia hujung minggu lalu telah dikejutkan dengan bencana banjir yang sangat teruk sehingga memberi kesan buruk kepada para penduduk.


Selain itu, banyak juga jalan yang menghubungkan beberapa daerah telah pun di tutup seketika akibat air yang naik pada paras tinggi. Orang ramai juga terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara bagi menyelamatkan diri dan keluarga setelah rumah ditenggelami banjir.

Namun begitu, ada juga kejadian lucu yang berlaku dalam pada kerisauan banjir ini. Dikongsikan di laman TikTok, seorang lelaki yang menggunakan akaun @drmegatms telah merakam seorang lelaki yang sedang menjala ikan di tengah jalan ketika banjir!

@namakumegat

Boleh jala ikan atas jalan raya

♬ original sound – Namaku Megat – Namaku Megat

Lelaki yang dipercayai warga Bangladesh tersebut dirakam sedang melempar jalanya dan kemudian menarik semula jala tersebut. Sangat mengejutkan apabila jala tersebut berjaya menangkap banyak ikan!

Di ruangan komen, terlihat ramai yang ‘berdekah’ dengan tindakan lelaki tersebut. Segelintir netizen terhibur melihat gelagatnya yang hanya memakai tuala bercorak Spongebob Squarepants sahaja ketika menjala di tengah jalan itu. Namun, ada juga yang menganggap ikan yang banyak itu sebagai salah satu rezeki yang diturunkan setelah ditimpa musibah banjir.

Komen Jala

Kejadian yang tidak dikenal pasti lokasinya itu telah menarik perhatian ramai orang sehingga berjaya mendapat 3.2 juta tontonan dalam masa 24 jam!

Nampaknya penduduk di Malaysia ni ada je cara nak hiburkan diri walaupun dalam waktu dilanda musibah. Takpe…jangan stress okay!

Baca: Hanya Tinggal Tangga, Wanita Sedih Rumah Pusaka Musnah Akibat Banjir

Baca Banjir 1

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.