in

“Orang ingat saya gila” –Warga Emas Ini Hidup Bersama 1,300 Anjing, 100 Kucing & 4 Kuda Peliharaannya

Ft Bela Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat, sebelum ini min pernah berkongsi artikel mengenai kisah seorang wanita yang membela sebanyak 492 ekor haiwan peliharaan dalam rumahnya. Menurut korang jumlah haiwan yang dibela ini sudah terlalu banyak dan melampaui ‘batas’ tahap kenormalan seorang manusia?

Nah, fikirkan semula. Untuk pengetahuan korang, jumlah ini adalah terlalu ‘sedikit’ jika hendak dibandingkan dengan kisah wanita yang berasal dari China ini yang membela sebanyak 1,404 ekor haiwan peliharaan di dalam rumahnya!


Fuh, dah macam zoo pulak. 

 

Bela 1,300 anjing, 100 kucing, 4 kuda…

Feat Bela 1

Wanita yang berusia 68 tahun yang dikenali sebagai Wen Junhong itu telah memelihara haiwan terbiar sejak lebih dari 2 dekad yang lalu. Kini, kediamannya dijadikan sebagai ‘rumah’ baru bagi 1,300 ekor anjing, 100 ekor kucing dan juga 4 ekor kuda serta beberapa ekor arnab dan burung!

Memetik laporan Oddity Central, warga emas itu tidak menyangka bahawa kini dia mampu untuk membela sehingga lebih daripada 1,000 ekor anjing sewaktu pertama kali mengambil seekor anjing terbiar untuk dipelihara kira-kira 20 tahun yang lepas.

Menurutnya, walaupun kini dia telah berupaya untuk membela sebanyak 1,300 ekor anjing, namun jumlah itu masih lagi tidak mencukupi. Dia mempunyai perancangan untuk menambah lagi bilangan haiwan untuk dibelanya pada masa yang akan datang.

Bela Peluk

20 ke 30 tong sisa ‘buangan’ , masak 500 kilogram makanan 

Menjadi seorang pencinta haiwan yang berdedikasi bukannya satu tugas yang mudah. Dia terpaksa bangun seawal 4 pagi setiap hari untuk membersihkan kesemua sangkar haiwan yang dipenuhi dengan sisa ‘buangan’ sebanyak 20 ke 30 tong.

Bukan itu sahaja, dia juga perlu memasak sebanyak 500 kilogram makanan yang terdiri daripada nasi, sayur-sayuran dan daging untuk kesemua haiwan peliharaannya.

Feat Bela Masak

Bela Makanan

Wanita itu turut berperanan sebagai ‘ibu’ yang memastikan kesemua ‘anak-anaknya’ itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan tidak bergaduh sesama sendiri.

 

Ada yang anggap dirinya gila

Tambahnya, ada juga sesetengah orang di sekeliling yang menganggapnya sebagai seorang psikopat gara-gara ‘taksub’ untuk membela haiwan peliharaan sehingga mencecah ribuan ekor.

Ada orang yang fikir saya gila.

Namun, wanita itu menyifatkan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang penting untuk kita sebagai manusia untuk menjaga haiwan-haiwan terbiar ini kerana bumi ini bukan sahaja hak milik manusia semata-mata, tetapi perlu juga dikongsi bersama haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

Ia penting untuk menjaga haiwan-haiwan ini, setiap daripada kita perlu hormati benda hidup. Bumi ni bukan untuk manusia semata-mata tetapi untuk haiwan juga.   

 

Takut kena langgar atau jadi mangsa ‘pemerdagangan’

Menurut wanita ini lagi, dia sentiasa ‘membuka pintu’ kepada sesiapa sahaja yang ingin menderma haiwan-haiwan ini gara-gara takut dan risau dengan nasib mereka sekiranya hidup di jalanan sama ada dilanggar oleh kereta atau menjadi mangsa ‘pemerdagangan’ daging anjing.

Walau bagaimanapun, wanita ini bernasib baik apabila dia mempunyai seramai 6 orang pekerja sukarelawan yang membantunya untuk menguruskan haiwan-haiwan peliharaannya ini.

Tambahnya, ia memerlukan usaha yang sangat besar dan setiap seorang dari mereka mempunyai kesan calar dan gigitan sebagai ‘bukti’ usaha gigih mereka menjaga haiwan-haiwan terbiar ini.

Baca: “480 kucing & 12 anjing” – Wanita ‘Relaks’ Bela 492 Haiwan Peliharaan Dalam Rumah Baca Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.