in

“480 kucing & 12 anjing” – Wanita ‘Relaks’ Bela 492 Haiwan Peliharaan Dalam Rumah

Ft Kucing Final 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi pencinta haiwan, sudah tentu tidak tergamak untuk membiarkan haiwan-haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan sebagainya hidup ‘merempat’ dan terbiar di jalanan.


Ada yang dibawa pulang untuk dibela sebagai haiwan peliharaan di rumah. Namun, jumlahnya yang banyak menyebabkan agak sukar bagi pencinta haiwan ini untuk membela kesemuanya sekali disebabkan ketiadaan ruang yang sesuai dan juga kos untuk memeliharanya yang agak tinggi.

Namun, tidak bagi wanita dari Muscat, Oman ini apabila dia sanggup memelihara sebanyak 492 ekor haiwan peliharaan di dalam rumahnya!

Fuh banyak tu! Pencinta haiwan next level ni.

 

Bela 480 ekor kucing, 12 ekor anjing

Antara haiwan yang dibelanya termasuklah 480 ekor kucing dan 12 ekor anjing di kediamannya sejak 12 tahun yang lalu.

Apa yang lebih mengharukan, antara beratus ekor haiwan peliharaannya itu, 17 daripadanya adalah buta.

Allahu, murninya hati dia bela haiwan buta. 

Setiap hari, lebih daripada sedozen kucing dan anjing peliharaannya itu akan ‘berentap’ semata-mata untuk mendapatkan perhatiannya.

Feat Kucing 5

 

Lebih ‘setia’ daripada manusia

Menurut Harian Metro, wanita itu yang dikenali sebagai Maryam yang berusia 51 tahun menggambarkan haiwan peliharaannya itu sebagai ‘penenang’ hidup. Bukan itu sahaja, dia turut menganggap mereka sebagai ‘sahabat’ yang lebih baik berbanding sesama manusia.

Saya dapati haiwan terutama kucing dan anjing, lebih setia daripada manusia. 

 

Belanja RM32,000 setiap bulan

Maryam telah membelanjakan kira-kira RM32,000 pada setiap bulan sebagai kos untuk menguruskan kucing dan anjing peliharaannya itu!  

Selain untuk tujuan membeli makanan dan membersihkan haiwan peliharaannya, wang perbelanjaan itu juga digunakan untuk berjumpa doktor haiwan serta mendapatkan rawatan veterinar.

Rumahnya kini dipenuhi dengan kandang haiwan yang dibina dan Maryam dikatakan akan membawa kesemua haiwannya untuk bermain secara bergilir-gilir.

Kucing

 

Pada awalnya tak suka haiwan

Semuanya bermula pada 2008 ketika anak lelaki saya membeli seekor anak kucing Parsi kecil.

Menurut wanita itu, dia pada awalnya sama seperti kebanyakan ibu-ibu yang lain yang tidak gemar dan enggan membenarkan anaknya itu untuk membela haiwan peliharaan.

Namun, pendiriannya itu ternyata berubah dua tahun kemudian apabila dia mula menjaga kucing peliharaan anaknya itu.

Saya mendapati diri saya benar-benar lain. Saya menjaga kucing itu, memberi makan, memandikannya dan menghabiskan banyak masa dengannya.

 

Letak haiwan depan pintu rumah

Cinta Maryam terhadap haiwan mula tersebar dan ramai ekspatriat yang tidak lagi menetap di bandar itu akan meninggalkan haiwan peliharaan mereka di depan pintu rumahnya untuk dibela sementara pengurusan tempat perlindungan haiwan akan berurusan dengannya untuk proses pemeliharaan.

Tambah Maryam, kucing dan anjing peliharaannya itu banyak membantunya untuk mengatasi masalah kemurungan.

Saya di tempat ‘gelap’ dan haiwan inilah penyelamat dan menyelamatkan saya. 

Untuk pengetahuan korang, Oman sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan haiwan terbiar meskipun undang-undang telah ditetapkan untuk mendenda individu yang membuang haiwan peliharaan sebanyak RM102.

Murah rezeki wanita ni sanggup bela haiwan. Kucing kan pembawa rezeki.

Baca: [Video] Bulu Ekor Terbakar Disambar Api, Tapi Kucing Ni Tetap ‘Selamba’ Je Tengok Sampai Api Padam Baca Kucing 5

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.