“Orang have2 mana cukup RM500” – Noor Nabila Beri Alasan Ingin Cerai Kerana Sharnaaz Hanya Bagi Nafkah RM500 Sebulan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kecoh kini di media sosial kes penceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila pada pagi tadi. Drama kes pasangan ini bertambah-tambah apabila Sharnaaz pula dilaporkan telah menolak tuntutan cerai daripada isterinya

Menurut Harian Metro, dalam proses penceraian itu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) telah membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan tersebut, bertujuan untuk beri nasihat dan cari jalan penyelesaian.

Sumber: Astro AWANI

Malah sebelum ini juga, Sharnaaz yang diwakili peguam ketika ditanya hakim pada 29 Ogos telah menjawab “Ya” sudah melihat tuntutan daripada Noor Nabila, namun tidak bersetuju dengan tuntutan cerai berkenaan. 

 

Nabila beri alasan nafkah zahir yang Sharnaaz bagi tak mencukupi

Agak mengejutkan juga bila laporan memberitahu yang selain dari tiada persefahaman dan sudah tinggal berasingan sejak Februari 2018, Nabila juga memberi alasan yang Sharnaaz bagi nafkah zahir tak mencukupi iaitu hanya RM500 sebulan. 

Sumber: Sinar Harian

Tambah Nabila lagi, Sharnaaz boleh memberi nafkah lebih daripada itu serta segala langkah perdamaian yang dilakukan juga tidak menemui jalan penyelesaian kerana Sharnaaz masih berterusan dengan sikapnya itu. 

Malah perbincangan melalui keluarga masih tidak berjaya.

 

“Lohh 500 aje bio betik” – Netizen

Rata-rata netizen yang membaca kes ini beranggapan nilai RM500 yang diberikan Sharnaaz itu tidak mencukupi tambahan pula gaya hidup Nabila yang ‘have-have’ itu.

Sumber: Facebook

Sharnaaz dan Noor Nabila telah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Marilah kita doakan yang terbaik buat mereka. 

Baca: [TERKINI] “Niat & nawaitu nak cari jalan penyelesaian”- Sharnaaz Tak Nak Lafaz Cerai Pada Noor Nabila

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!