in

[TERKINI] “Niat & nawaitu nak cari jalan penyelesaian”- Sharnaaz Tak Nak Lafaz Cerai Pada Noor Nabila

Feat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, sepatutnya pelakon Shaarnaz Ahmad melafazkan cerai pada isterinya Noor Nabila namun sebaliknya yang berlaku, Sharnaaz tolak tuntutan penceraian dari Nabila ini. Kenapa pulak?

Menerusi video secara langsung dari NST di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, Sharnaaz yang kelihatan tenang dan sempat bergurau memberikan sebab kenapa dia menolak tuntuan penceraian dari isterinya.


Screenshot 2019 09 11 At 10.31.48 Am

“Saya tak boleh nak beri keterangan yang lebih sebab saya belum mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah. 

“Niat dan nawaitu kita adalah untuk menjadi pendamaian yang sihat. Jalan penyelesaian yang terbaik untuk both parties.”

Salah seorang wartawan di situ juga menanyakan soalan mengatakan yang pihak Nabila terkejut bila Sharnaaz menolak padahal di media sosial Sharnaaz mengatakan yang dia redha sekiranya berlaku penceraian antara mereka.

Redha ke atau pun tak redha ke, kita ada mahkamah dan badan berkanun yang kita perlu hadap.”

“So kalau mahkamah dah bagi order untuk ke jawatankuasa pendamaian, maknanya kita kena ikut prosedur tu.

Bila saya kata tak setuju maknanya kita akan cuba untuk perelokkan sebaik mungkin. Kenapa kita kahwin elok-elok lepastu bercerai nak gaduh-gaduh.”

Screenshot 2019 09 11 At 10.31.19 Am

Noor Nabila ketika disoal tak dapat menahan sebak dan mengatakan yang dia tak bersedia untuk memberikan apa-apa statement dan mengatakan fokusnya kini hanya untuk membesarkan anak mereka, Jebat Ayden.

 

Baca: “Saya dah failkan perceraian terhadap suami” – Sharnaaz & Noor Nabila Bakal Bercerai?

Screenshot 2019 09 11 At 10.30.07 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.