in

“Orang baik selalu meninggal awal”

Haziq Kemalangan Kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dah ajal, sedetik pun kita tak boleh lari daripadanya. Inilah yang menimpa dua sahabat baik yang maut apabila motosikal dinaiki jatuh ke dalam mendapan tanah kat Jalan Taman Serdang, Bandar Bharu. Mangsa kemudian tertimbus dalam runtuhan jalan yang berlaku 10 September lalu.


Image 4
sumber: utusan online

Lebih menyedihkan, salah seorang mangsa Mohamad Haziq Ishak, 17, dikatakan sempat selamatkan kucing yang dah nyawa-nyawa ikan sebelum terlibat dalam kemalangan tu, menurut Harian Metro. Baiknya hati dia!

Menurut ibu mangsa,

“Anak saya sempat selamatkan kucing kemalangan yang sudah nyawa-nyawa ikan dan membawanya pulang ke gerai kami untuk merawatnya sebelum dia sendiri tertimbus.” 

Haziq
sumber: harian metro

Menurut Zuhainun, anaknya jumpa kucing tu kira-kira dalam jam 9 malam sebelum dibawa balik ke gerai keropok lekor mereka untuk diberi minum dan dirawat.

Zuhainun jugak agak sebak bila mengingatkan yang anaknya janji untuk tanam kucing tu sendiri kalau ia didapati mati sebab terlalu lemah. Aduhai… sebak hati admin.

“Haziq memberitahu saya dia akan merawat kucing itu, namun jika haiwan itu mati, dia sendiri akan menanamnya sebelum dia keluar semula selepas dijemput rakannya.

“Anak saya memang seorang yang prihatin dan peramah sebab itu dia ingin benar menolong kucing itu,” kata Zuhainun lagi.

Bridge Collapse
sumber: the star

Tapi nampaknya si ibu tak sangka, itulah kali terakhir dia bertemu dengan anaknya lepas dia mendapat mesej dari kawan Haziq yang anaknya jatuh ke dalam mendapan tanah.

“Saya kemudian terus bergegas ke lokasi kejadian dan ketika itu mayat pertama (Muhammad Haikal) sudah ditemui dan terdetik di hati jika betul mayat di dalam timbusan tanah itu adalah Haziq maka saya reda.

“Tidak lama kemudian mayat anak saya ditemui selepas baju sejuknya kelihatan ketika anggota penyelamat membawanya keluar malah ketika itu dia masih memakai topi keledar,” katanya.

Moto
sumber: kosmo!
Image 1 2
sumber: utusan online

Rata-rata netizen yang mengikuti berita kematian ni sebak dengan sikap mangsa yang prihatin terhadap haiwan. Nak buat macam mana kan… dah ajal mereka dan Tuhan memang sayangkan orang berhati mulia ni. 

Baik Meninggal Awal
sumber: facebook

Takziah admin ucapkan buat keluarga mangsa dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Al Fatihah.

Baca: Sayu! Dua Beradik Mati Berpelukan Dalam Rumah Terbakar 

Maut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.