in

Sayu! Dua Beradik Mati Berpelukan Dalam Rumah Terbakar

Allahuakbar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dapat nak bayangkan perasaan ibu ini… ?

Ibu mana yang tak sedih bila hanya mampu dengar je suara dua orang anak kecilnya menjerit minta tolong tapi tak mampu nak buat apa-apa. Lama kelamaan suara tu perlahan-lahan hilang ditenggelami api yang marak.


Menurut Astro Awani, dua orang kanak-kanak lelaki ditemui rentung sambil berpelukan di depan pintu bilik datuk mereka ketika pasukan bomba dan penyelamat melakukan pencarian pada sisa-sisa kebakaran di Kampung Hilir, Lingga, Sri Aman, Sarawak petang semalam.

Ww
sumber: harian metro
61534256900 Kebakaran
sumber: astro awani

Mangsa yang terkorban ialah Zulkarnain Ajijul yang berusia 5 tahun dan adiknya Zulfadli Ajijul yang baru umur 2 tahun. Ibu mangsa Jamilah Tuah masih trauma dengan peristiwa menyayat hati tersebut dan kecewa kerana tak mampu menyelamatkan dua orang anak kecilnya.

“Mereka berdua ada menjerit memanggil saya. Tetapi selepas itu suara dua beradik terus hilang. Saya tidak dapat menyelamatkan mereka sebab tiada orang lain berada di rumah waktu kejadian.”

61534283207 Kebakaran
sumber: astro awani
Dsdas
sumber: astro awani

“Saya  hendak memasuki semula rumah tetapi api sudah terlalu marak. Saya tidak tahu apa yang dimainkan mereka berdua di dalam rumah. Terlalu sekejap saya tinggalkan mereka berdua beradik kerana sebelum itu mereka tidur di sebelah kakaknya. Saya tidak sedar bilakah masa mereka bangkit dan masuk ke dalam bilik datuk mereka. Saya pun tidak tahu.”

Datuk kepada dua orang kanak-kanak tersebut pula seakan tidak percaya dengan tragedi jam 4:25 petang yang meragut nyawa dua orang cucunya tu.

“Pilu rasa hati apabila terkenang dan terbayang wajah cucu saya. Saya tidak perasan (kejadian kebakaran), saya tidak tahu apa-apa, kerana saya cuma melihat asap hitam tebal di rumah.”

Dada
sumber: astro awani
Adsdd
sumber: astro awani

“Saya cuma ingat keselamatan cucu, di mana mereka berada. (Apabila dapat tahu) cucu saya dah mati, saya berasa lemah.”

Jenazah dua beradik itu masih berada di Jabatan Forensik Hospital Sri Aman dan akan menjalani prosedur bedah siasat sekitar jam 10 pagi. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Lingga hari ini.

Al Fatihah, takziah untuk keluarga…

Baca: Amar Lupa Peluk Ibu? Rupanya Inilah Petanda Dia Pergi Buat Selamanya…

Adsaddsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.