in

“Oops patah!” – Konon Nak Tunjuk Skill, Tapi Tak Sengaja Patahkan Wiper Kereta Cikgu

Wiper

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti pernah cuci kereta kan? Tak kisahlah cuci sendiri dekat rumah atau hantar dekat kedai, yang penting, kita nak kereta kita nampak cantik dan bersih. Yang paling penting, barang-barang yang ada dalam kereta atau aksesori luaran semua tu selamat.


Lain pulak jadi dengan kereta seorang cikgu ni. Diberi amanah untuk mencuci kereta cikgu mereka, sekumpulan pelajar ni tak sengaja patahkan wiper kereta cikgu. Menerusi video berdurasi 12 saat yang dikongsi oleh @badrimustaffa_ di akaun Twitternya, kita dapat lihat bagaimana kejadian itu berlaku.

Amik kau, patah pulak

Cerita disebalik kenapa diaorang ni volunteer nak cuci kereta cikgu tu tak pasti pulak kenapa. boleh jadi kena denda atau nak bodek cikgu bagi markah lebih. Tapi yang konon nak tunjuk skill tu dah kenapa. Yang buat tu satu, yang suruh tu pun sama juga perangai

Screen Shot 2019 04 27 At 2.54.14 PmMemang siap-siap lah standby telinga nak kena piat dengan cikgu. Dapat pulak cikgu yang garang. haa memang masak lah

Screen Shot 2019 04 27 At 2.53.01 PmHabislah kena dengan cikgu. Silap-silap cikgu potong markah exam. Padan muka. 

Screen Shot 2019 04 27 At 2.53.36 PmItulah, kami pun sama. Ingatkan power sangat skill tebar kain basah macam Wahid Senario. Sekali patah pulak wiper tu. 

Screen Shot 2019 04 27 At 2.54.28 PmYang kau pegi sembur pemadam api tu dan kenapa. Itulah, waktu bomba datang buat demo dekat sekolah kau taknak volunteer, ni pasu bunga cikgu kau pulak jadi mangsa. 

 

Apa-apa pun kami doakan yang terbaik untuk 3 orang pelajar ni. Semoga cikgu ni cool dan tak mengamuk sangat. Lain kali berhati-hati sikit kalau nak buat baik tu, beringat. Dah jadi macam ni siap-siap lah kena maki dulu.

 

Baca: Kedekut Tahi Hidung Masin! Lelaki Penang Ni Selamba Basuh Kereta Di Stesen Minyak Walaupun Harga Car Wash Hanya RM5

Screen Shot 2019 04 27 At 3.08.20 Pm

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.