Disclaimer: Gambar di atas hanyalah sekadar hiasan dan tiada kena mengena dengan isu ini.
Sering kita dengar kes berkaitan gangguan seksual kebiasaannya berlaku dalam kalangan kaum hawa. Tapi sebenarnya, kaum adam juga berpotensi menjadi mangsa gangguan seksual!
Tak kira lah secara lisan, isyarat atau fizikal sekalipun, sekiranya kita berasa tak selesa dengan tindakan seseorang itu, berkemungkinan kita merupakan mangsa kepada gangguan seksual.
Seperti kes yang terjadi kepada jurugambar ini, jangan tak percaya kaum hawa ada yang membuat gangguan seksual terhadap kaum adam ya!
Cerita ini sebelum covid.
Ada satu bridesmaid ni minta saya ambilkn gambar pakai fon dia, saya ambilkn.
Bila saya nk pulangkn fon, dia pegang tgn saya sampai ke siku.
Saya tepis cpt2 dan ckp "sorry miss☺️"
Dia balas "Oh sorry, I sengaja pegang" sambil gelak & buat muka gedik. https://t.co/y3Fjgqq4F9
— ??????? (@AmirulRuslam) November 14, 2021
Menurut saudara Amirul ini, dia sedar dirinya menjadi mangsa gangguan seksual apabila bridesmaid salah seorang clientnya dengan sengaja memegang tangannya hingga ke siku.
“Oh sorry, I sengaja pegang”- Bridesmaid
Jika dilihat daripada gaya penceritaannya itu, bridesmaid tersebut tanpa rasa bersalah berbuat tindakan demikian. Tambahnya lagi dalam thread tersebut, Amirul sebenarnya sudah banyak kali terkena gangguan sebegitu, malah ada juga bridesmaid yang membuat lawak lucah kepadanya.
Beralih ke sudut pandangan para netizen pula, walaupun ramai yang seakan tidak percaya dan baru tahu tentang kewujudan isu ini dalam kalangan kaum adam, namun masih ada yang meninggalkan komen positif serta peka dengan perkara ini.
Melihat daripada komen-komen positif yang diberikan, kita seharusnya bersyukur bahawa negara kita sudah ramai yang berfikiran rasional serta peka dengan isu-isu sebegini tanpa bertindak bias terhadap mana-mana jantina.
Jangan malu untuk mengaku diri menjadi mangsa gangguan seksual kerana mangsa bukanlah seorang pesalah. Bertindaklah secara bijak dan beranikan diri untuk bersuara!
Baca: Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal: Polis Minta Mangsa Tampil Segera Bantu Siasatan