in

“Kecik2 lagi dah bergaul dengan orang besar” – Netizen Tumpang Gembira Ayden & Ara Jumpa Menteri Singapura

Syed Saddiq Menteri Pendidikan Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengantin baharu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi bahawa beliau turut menjemput Menteri Pendidikan Singapura Desmond Lee ke majlis resepsi perkahwinannya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Ahli Parlimen Muar itu berkongsi momen ketika menerima kunjungan Desmond Lee untuk makan malam bersama di rumahnya memandangkan menteri berkenaan tidak dapat hadir ke jemputan itu.


Lebih mencuit hati, Syed Saddiq berseloroh menggelarkan pertemuan itu sebagai ‘bilateral meeting’ atau mesyuarat dua hala, sambil memperkenalkan dua tetamu istimewa yang dibawanya ke meja makan iaitu ibunya serta dua anak Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara.

Malah, beliau sempat mengusik ibunya sebagai guru veteran yang berasa dirinya masih muda, manakala Ayden dan Ara pula disifatkan sebagai kanak-kanak kecil yang berasa diri sudah dewasa.

“Untuk ‘mesyuarat dua hala’ kali ini, saya bawa yang terbaik dari Malaysia: seorang guru veteran yang berasakan dirinya masih muda (iaitu ibu saya), serta dua kanak-kanak kecil yang berasakan diri mereka dah dewasa, Ayden dan Ara!” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Syed Saddiq berkata dalam pertemuan itu, mereka turut berbincang mengenai pelbagai perkara termasuk politik, pendidikan dan keluarga.

“Selepas mendengar perkongsian beliau, saya dapat memahami mengapa Singpura mejadi salah satu negara yang memilki sistem pendidikan terbaik di dunia. Banyak yang boleh Malaysia pelajari demi masa depan anak-anak kita,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Artikel berkaitan: Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

Artikel berkaitan: “Saya yang b*doh politik bisa paham” – Isu Jerebu Makin Panas, Baim Wong Sokong Kenyataan Syed Saddiq

Perkongsian itu turut mengudang reaksi positif dalam kalangan netizen selain mempertaruhkan harapan bahawa Malaysia juga bakal seperti itu pada masa hadapan.

Dalam pada itu, netizen juga tumpang gembira melihat Ayden dan Ara berpeluang bertemu dengan pemimpin besar pada usia muda.

Malah, ada yang berpendapat Syed Saddiq secara tidak langsung telah membuka laluan kepada anak-anak ini mengenali serta terinspirasi menjadi insan hebat yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat kelak.

Screenshot 2026 10 16 131725 Screenshot 2026 10 16 131748 Screenshot 2026 10 16 131802 Screenshot 2026 10 16 131812

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.