in

Kes Gangguan S*ksual Terus Meningkat, Lebih 1,000 Kes Direkodkan Tahun Lalu

Kpwkm Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes gangguan seksual di Malaysia terus meningkat apabila sebanyak 1,038 kes direkodkan pada tahun 2025 berbanding 788 kes pada 2024.

Susulan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memperkukuh usaha menangani isu berkenaan menerusi Program Toleransi Sifar Keganasan: Say No To Sexual Harassment yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.


702202026 1430710145769004 4499588218936193025 N

Artikel berkaitan: Keganasan Rumah Tangga Jadi Tumpuan, KPWKM Pertimbang Pindaan Undang-Undang dan SOP

Artikel berkaitan: “Seteguh KASIH Ibu” Jadi Tema Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026

“Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah tegas untuk menangani isu gangguan seksual termasuk menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840],” katanya.

704347371 1430710172435668 5552389605008224718 N

Antara statistik yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM):

  • 2022: 477 kes
  • 2023: 522 kes
  • 2024: 788 kes
  • 2025: 1,038 kes

Selain itu, Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) turut merekodkan:

  • 92 aduan difailkan setakat 26 April 2026
  • 69 kes berjaya diselesaikan

Dalam masa sama, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) turut mempergiat program advokasi Women, Peace and Security (WPS) selaras dengan National Action Plan: Women, Peace and Security 2025–2030 (NAP WPS) bagi memperkukuh peranan wanita dalam aspek keamanan dan pembangunan negara.

Sumber: KPKWKM

Sumber: KPWKM
Sumber: KPWKM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.