in

Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal: Polis Minta Mangsa Tampil Segera Bantu Siasatan

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan dakwaan seorang pendakwah terkenal dikatakan melakukan gangguan seksual, pihak polis meminta mangsa atau saksi untuk tampil segera untuk membantu siasatan.


Beberapa keterangan saksi sudah dirakam

Menurut Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama ini bagi membantu siasatan.

14F34736 B7Bf 4E16 8115 E635890Df6Fe

Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.

Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini.”

Sebelum ini, pendakwah tersebut dan isterinya telah pun hadir ke Bukit Aman untuk merakamkan keterangan bagi membantu siasatan laporan gangguan seksual yang dibuat ke atas pendakwah tersebut.

Manakala pada hari Khamis lepas, pihak polis telah pun membuka satu kertas siasatan berhubung video dan mesej lucah yang tular di Telegram yang dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Salah seorang mangsa dan ahli keluarga juga sebelum ini turut merakamkan video membuat sumpah laknat mengaku diganggu oleh pendakwah terkenal itu.

 

Baca: [VIDEO] “Jika saya berdusta Ya Allah laknatlah saya” – Mangsa Bersumpah ‘Diganggu’ Oleh Pendakwah Terkenal

Screenshot 2021 10 06 At 1.45.22 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.