in

Nyaris Dibuang, Wanita Terkejut Lepas Tahu Nilai Sebenar Berlian

2Berlian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pesara wanita berumur 70-an terkejut apabila mengetahui harga barang kemas yang ingin dibuangnya bernilai dua juta Pound (lebih kurang RM11 juta).



Barang kemas yang berupa batu berlian itu dikatakan dibeli olehnya di sebuah pasar car-boot sale beberapa tahun lalu. Wanita tersebut menganggap berlian itu tiada nilai dan mengambil keputusan untuk membuangnya.

Screenshot 2021 10 30 At 12.11.35 Pm

 

Menyedari hal itu, jiran wanita tersebut meyakinkannya untuk membuat penilai sebelum membuang berlian itu. Kata jiran wanita itu, berlian itu sangat luar biasa dan jarang dijumpai.

Menurut laporan Mirror UK, wanita tersebut datang ke Featonby’s Auctioneers untuk tujuan penilaian. Berlian itu disimpan di dalam sebuah kotak bersama barang kemasnya yang lain yang mempunyai nilai yang rendah.

Mark Lane yang menilai berlian tersebut di Featonby’s Auctioneers berkata saiz berlian tersebut adalah lebih besar dari syiling pound. Pada mulanya Lane merasakan berlian yang dibawa wanita itu ialah jenis CZ ataupun ‘cubic zirconia’, satu jenis sintetik yang seakan-akan berlian.

 

Screenshot 2021 10 30 At 12.11.45 Pm

Lane membiarkan berlian itu di atas meja untuk beberapa hari sebelum menggunakan mesin menguji berlian dan mendapati berlian itu bernilai dua juta pound. Bagi mengesahkan perkara itu, Lane telah menghantar berlian itu kepada rakannya di London sebelum ianya disahkan oleh pakar dari Belgium. Pakar berlian dari Belgium itu telah mengesahkan berlian yang dibawa oleh wanita itu bernilai 34 Karat.

Lane juga memberitahu, berlian yang pada mulanya ingin dibuang oleh wanita itu adalah berlian yang terbesar yang pernah beliau lihat sepanjang bekerja di Featonby’s Auctioneers.

Baca: Wanita Pulangkan Balik Cincin Tunang Berharga RM12K,  Anggap Ia Terlalu Murah

Screenshot 2021 10 30 At 12.10.11 Pm

 

Sumber: Mirror UK
Sumber: Mirror UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.