in

Wanita Pulangkan Balik Cincin Tunang Berharga RM12K, Anggap Ia Terlalu Murah

Ft Cincin Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi lelaki yang ingin melanjutkan hubungan percintaan dengan teman wanitanya ke fasa yang seterusnya, cincin pertunangan itu adalah perlu bagi melamar pasangan. Ia dianggap sebagai simbol bahawa teman wanita ‘sudah berpunya’ dan mengelakkan lelaki lain dari ‘kacau daun’.

 

Pulang semula cincin tunang berharga RM12,157.50


Cincin Pro

Namun, malang pula nasib seorang lelaki ini apabila suasana yang sepatutnya romantik bertukar ‘tragis’ apabila teman wanitanya telah memulangkan semula cincin pertunangannya yang bernilai $3,000 (RM12,157.50) gara-gara harganya dianggap terlalu murah!

What? RM12,000 tu murah? 

 

Harga tak sampai 10% gaji teman lelaki

Memetik laporan Fox 32, wanita itu dilaporkan telah memulangkan semula cincin pertunangannya itu disebabkan harganya bernilai tidak sampai 10% daripada gaji teman lelakinya.

Teman lelakinya telah berhabis sebanyak $3,000 untuk menempah cincin pertunangan tersebut yang diperbuat daripada emas putih yang bertatahkan berlian serta nilam.

Menurutnya, sekiranya dia perlu mengikuti ‘peraturan’ 10% daripada gaji yang telah ditetapkan oleh teman wanitanya itu, dia perlu berhabis sekurang-kurangnya antara $10,000 (RM40,518) sehingga $15,000 (RM60,777) semata-mata untuk membeli cincin pertunangan!

Tidak berpuas hati dengan perkara itu, lelaki tersebut telah memuat naik satu posting melalui akaun Redditnya bertanyakan pendapat netizen tentang adakah dia telah melakukan perkara yang salah iaitu hanya menbelanjakan sebanyak $3,000 untuk cincin pertunangannya itu.

 

Terpaksa berjimat, tanggung ahli keluarga sebab Covid-19

Dalam perkongsiannya itu, dia menjelaskan walaupun gajinya agak besar, namun dia terpaksa berjimat kerana perlu menampung ahli keluarganya yang telah dijangkiti Covid-19. Bukan itu sahaja, dia juga perlu menampung adik perempuannya yang kini telah kehilangan perkerjaan.

Tambahnya, syarikat tempatnya bekerja juga melaporkan bahawa seramai 150 orang pekerja bakal diberhentikan menjelang tahun depan. Disebabkan itu, dia perlu berfikir secara bijak dalam membelanjakan pendapatannya walaupun dia menjangkakan bahawa dia tidak akan diberhentikan.

 

Design dah ikut cita rasa teman wanita

Cincin Sap

Walaupun cincin yang dibelinya itu dibeli dengan harga $3,000, namun dia telah menempah reka bentuk cincin tersebut mengikut cita rasa teman wanitanya.

Bukan itu sahaja, dia turut menambah batu nilam yang dipotong khas mengikut bentuk saiz yang diidam-idamkan oleh pasangannya itu.

Siap tambah batu sapphire custom made lagi. 

Menurut lelaki itu, teman wanitanya sering mengelak untuk bercakap dengannya sejak insiden pemulangan cincin pertunangan tersebut.

 

Dituduh ‘sampah’ dan hanya nak pergunakan teman wanita

Apa yang lebih mengharukan, ibu bapa teman wanitanya itu turut menuduh dirinya sebagai ‘sampah’ dan hanya ingin mempergunakan anaknya.

Saya cuba untuk menerangkan pendapat saya tetapi mereka tak mahu dengar dan tetap menuntut sekurang-kurangnya 10% cincin itu. 

 

Perlu beli cincin tunang berharga sebulan gaji

Menurut sebuah laman web perkahwinan, kartel berlian De Beers telah membuat kempen pemasaran pada tahun 1930-an yang meyakinkan lelaki bahawa sekiranya mereka benar-benar mencintai pasangan, maka mereka sanggup untuk membelanjakan sekurang-kurangnya sebulan gaji mereka untuk cincin pertunangan.

Menjelang tahun 1980-an, jumlahnya kini meningkat pula kepada 2 bulan gaji dan pada hari ini, ianya semakin meningkat kepada 3 bulan gaji!

Fuh, harga cincin tunang sekarang pun dah boleh buat majlis kahwin. Lepas kahwin pula dah boleh tidur bawah jambatan. 

Baca: “Bukan nak mahal sangat, tapi takkanlah sampai macam tu” – Bakal Pengantin Terkilan Tunang Lamar Pakai Cincin Harga RM80 Baca Cincin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.