“Not all heroes wear capes” – Usaha Dua Lelaki Bantu Redakan Banjir Di KL Dapat Pujian Netizen

Tambah ke Sumber Pilihan
“Not all heroes wear capes” – Usaha Dua Lelaki Bantu Redakan Banjir Di KL Dapat Pujian Netizen

Musim Monsun Timur Laut, merupakan musim tengkujuh utama negara kita setiap kali masuknya penghujung tahun.

Waktu-waktu ini, cuaca akan kelihatan sentiasa mendung dan bergerimis — selain seringkali membawa bersama hujan tanpa henti, sehingga mengakibatkan banjir di beberapa lokasi terjejas seluruh negara.


Cakap pasal banjir ni, yang tak bestnya bila berlaku banjir kilat kat kawasan bandar yang padat dengan pembangunan — yang kita tahu akan menimbulkan kesesakan lalu lintas yang teruk!

Baru-baru ni pun, beberapa lokasi bandar di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang terjejas akibat dinaiki air.

Dan jarang-jarang kita dapat lihat orang ramai khususnya, mengambil inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut demi keselesaan pengguna jalan raya yang lain — tapi tidak bagi dua insan mulia ini.

Tutup Manhole 1

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @datininaz — kedua-dua lelaki terbabit yang merupakan suami dan adiknya, mengambil inisiatif membuka penutup longkang di sekitar kawasan terjejas agar air banjir lebih mudah surut dengan cepat.

Inaz1

Buka Manhole 1

Disebabkan niat murni dua insan ini, jalan yang dinaiki air itu mula beransur pulih seperti sedia kala.

And lepas semua air tu dah surut, korang jangan risau sebab semua manhole tu ditutup semula demi keselamatan orang ramai.

Tutup Manhole

Bagus kan? Sikap terpuji macam ni lah yang patut kita encourage dalam diri semua orang dan semoga kedua-dua brader ni diberikan ganjaran dan pahala berlipat kali ganda atas usaha murni mereka.

Baca: “Nasib baik ada brader tu” – Netizen Puji Tindakan Lelaki Ini Bantu Kenderaan Elak Tayar Sesat

2Tayar

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nab Talib
Lagi tulisan Nab
Penggemar berat Morrissey dan Dwight Schrute.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Not all heroes wear capes” – Usaha Dua Lelaki Bantu Redakan Banjir Di KL Dapat Pujian Netizen
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/not-all-heroes-wear-capes-usaha-dua-lelaki-bantu-redakan-banjir-di-kl-dapat-pujian-netizen/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM