in

“Normal tak kalau obses dengan pakwe sendiri” – Remaja Teruk Dihentam Sebab Obses Boyfriend Sendiri

Page 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar orang obses dengan barang kan. Macam perempuan, yesss obses sangat dengan kasut, handbag atau aksesori lain. Tapi lain pulak dengan gadis ni bila dia mengaku yang dia obses kat pakwe dia sendiri. OMG!


Benda ni mula tular di Twitter bila gadis ni, Nur Balqish Safeeya Muhamad Amin, 22 tahun, jadikan media sosial tu sebagai tempat dia luahkan rasa geram yang teramat dekat pakwe dia yang berumur 21 tahun.

“Normal tak kalau I obses dengan pakwe sendiri? Tolonglah, penatlah macam ni.. Susah nak handle pukul 2 pagi menjerit macam orang gila. Aku obses sangat!”

3 11
sumber: twitter

Mstar Online hubungi Balqish dan dia jelaskan yang selama ni dia memang gunakan media sosial tu sebagai tempat dia luahkan perasaan secara peribadi. Tapi tiba-tiba tular pula sebaik sahaja dia tukar daripada private kepada public.

Gadis yang berasal dari Pulau Pinang ni ada jugak bagitahu kat Twitter, yang dia dah lama tak bercinta. Selama ni dia ada ramai kawan lelaki tapi sekadar kawan je. So bila dah ada pakwe ni, perasaan dia lain daripada yang lain. Gituwww koo!

4 10
sumber: twitter

“Saya cuma luahkan apa yang saya rasa tapi tak berani nak cakap yang dia rasa tu bila jumpa”

“Contohnya gambaran obses tu macam teruja sangat sampai nak hentak-hentak kaki, takkan nak buat macam tu depan dia kan. Saya perlu kawal perasaan supaya dia tak anggap saya ni melebih-lebih”

Balqish turut bagitahu yang hubungan dia dengan pakwe dia ni dah hampir dua tahun, dan dia yang mula-mula tackle pakwe dia dulu. Dia berani luahkan perasaan geram kat pakwenya melalui Twitter sebab lelaki tu takde account Twitter. Tapi bila benda ni dah kantoi kat pakwe dia, rupa-rupanya dia pun baru tahu yang pakwe dia pun obses dekat dia.

1 15
sumber: twitter

Namun gadis ni rasa kesal sikit sebab iyelah, niat dia nak jadikan Twitter tu sebagai tempat kongsi perasaan dah tak boleh sebab ramai sangat makcik pakcik bawang dok mengulas kisah dia ni.

“Saya tahu kami masih muda dan belum kahwin. Tapi daripada kata yang bukan-bukan, lagi elok doakan kami”

Apa-apa pun harap adik ni dengan pakwe dia #tillJannah lah ye..

Baca: “Jangan terlalu obses, boleh rosak akidah..” – Netizen Kecam Peminat Islam Ratapi Pemergian Jonghyun

6 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.