in

Nombor Ikonik 46 Akan ‘Dilenyapkan’ Selepas Valentino Rossi Bersara!

Valentino Rossi Nombor 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Velentino Rossi bukanlah nama asing dalam dunia permotoran. Pernah menjadi juara dunia sebanyak 9 kali, penunggang kelahiran Itali berusia 43 tahun berkenaan mengejutkan ramai peminat setelah mengumumkan bakal bersara dari dunia MotoGP pada tahun 2021.


Walaupun peminat seakan-akan tahu perkara tersebut, namun pengumuman persaraan pelumba kelahiran Urbino berkenaan membuatkan perasaan peminat beliau bercampur baur.

Peredaran zaman dan prestasi pelumba-pelumba muda yang semakin mencabar selain faktor umurnya dikatakan menjadi sebab utama dia ingin mengucapkan selamat tinggal kepada dunia permotoran.

Uo.gallery Full Top Lg

Terbaru, organisasi MotoGP telah membuat keputusan untuk ‘bersarakan’ nombor ikonik milik lagenda yang terkenal dengan gelaran ‘The Doctor’ berkenaan iaitu 46 di perlumbaan yang akan berlangsung di Mugello, 27 Mei hingga 29 Mei nanti.

Difahamkan, nombor yang sangat sinonim dengan Rossi berkenaan akan dikeluarkan dari kelas MotoGP bermula dari tarikh perlumbaan berkenaan!

Rossi112 2.Gallery Full Top Lg

Selain itu, sebuah majlis rasmi untuk ‘persaraan’ nombor 46 tersebut juga bakal diadakan oleh pihak MotoGP di laluan lurus utama trek Mugello tersebut pada Sabtu, sebelum pusingan kelayakan berlangsung.

Untuk rekod, Valentino Rossi telah merangkul gelaran juara dunia sebanyak 9 kali, 115 kemenangan tempat pertama dan 235 kedudukan podium sepanjang kariernya dan namanya juga difahamkan telah diabadikan dalam Hall of Fame MotoGP selepas musim 2021 berakhir.

p/s : Rossi sekarang aktif dalam perlumbaan kereta pulak bersama pasukan W Racing Team yang berpangkalan di Belgium.

Baca : Indonesia Bayar ‘Pawang’ Ratusan Juta Rupiah Untuk Hentikan Hujan Masa Event MotoGP

Pawang Moto Gp 2

Sumber: MotoGP
Sumber: MotoGP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.