Hujung minggu lepas, negara jiran kita, Indonesia telah menganjurkan Grand Prix Indonesia di Litar Mandalika, Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat.
Bagi acara-acara besar seperti ini berlangsung, pihak pengurusan pastinya akan mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik bukan sahaja buat penonton malah peserta yang terlibat dalam acara MotoGP ini juga.
Walau bagaimanapun, antara perkara yang tidak boleh dielakkan berlaku ialah keadaan cuaca yang tak menentu macam hujan atau ribut dan sebagainya.
Indonesia panggil ‘pawang’ untuk hentikan hujan?
Menurut Suara, berlegar di Twitter sekarang video rakaman seorang ‘pawang’ dilihat melakukan upacara menghentikan hujan ketika acara MotoGP sedang berlangsung.
The master… #IndonesianGP ?? pic.twitter.com/ZUO3rk7RMK
— MotoGP™? (@MotoGP) March 20, 2022
‘Pawang’ bernama Rara Isti Wulandari ini katanya telah diminta oleh pihak pengurusan Grand Prix Mandalika untuk melakukan ritual untuk menghentikan hujan.
Mulutnya yang terkumat kamit dalam membaca mantera dilihat berada di hentian pit sambil memegang sebuah mangkuk.
Sepanjang saingan MotoGP itu berlangsung di Litar Mandalika, pawang hujan ini juga katanya ditugaskan untuk mengawal cuaca agar hujan tidak turun dengan begitu lebat.
Pakai bomoh wei suruh stop hujan motogp indo hahahaha pic.twitter.com/7SkhBdv4CU
— Add your name (@hvziqyusoff) March 20, 2022
Dapat bayaran ‘besar’ dari MotoGP
Menurut Rara, meskipun ‘kerjaya’ ini dipandang serong oleh masyarakat, dia mengakui mendapat bayaran yang cukup besar dari MGPA untuk mengawal cuaca di Litar Mandalika.
Rara mendedahkan dia menerima bayaran mencecah ratusan juta rupiah untuk 21 hari kerja. Kalau tukar kepada RM, berpuluh ribu lah juga.
Tambah Rara lagi, dia memang sudah lama melakukan profesion ini dan menjadi specialist pawang hujan termasuk bagi acara besar seperti pembukaan Asian Games 2018 di Jakarta-Palembang lalu.
Jadi pawang hujan itu walaupun saya di Jakarta asal ada foto dan tujuan bisa mengatur cuaca di kawasan lain,” katanya.
‘Diketawakan’ netizen, pelumba tiru gaya pawang
Video Rara yang tular di Twitter walau bagaimanapun mengundang troll dan kecaman daripada netizen yang mana menganggap perbuatannya sebagai syirik dan tidak masuk akal.
Malah pelumba Monster Energy Yamaha, Fabio Quartararo juga dia dilihat cuba meniru aksi Rara sambil ketawa.
And the apprentice! ?
(see previous tweet) #IndonesianGP ?? pic.twitter.com/zqGxEt57AQ
— MotoGP™? (@MotoGP) March 20, 2022
Apa-apapun lain tempat lain adatnya kan. Dengarnya kat Malaysia pun ada yang pakai bomoh hujan ni. Betul ke?
Baca: “Amalan perbomohan Raja Bomoh bertentangan dengan hukum syarak” – Timbalan Mufti Negeri Perak