in

Make Up Sambil Main Game? Chanel Buka Coco Game Centre Pertama di Kuala Lumpur

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Wanita dan alat solek ni bagaikan isi dengan kuku. Kalau keluar ke mana-mana, mesti gadis-gadis kat luar sana nak heret boyfriend dorang singgah kedai kecantikan untuk cuci mata tengok koleksi alat solek yang dorang nak.


So, hujung minggu ini korang boleh set date untuk ke Coco Game Centre pertama dibuka di Malaysia dari rangkaian jenama kosmetik terkenal dunia, Chanel untuk alami experience baru dalam dunia solekan!

17162702 Cocogamecenter
sumber: malaysia tatler

 

Lihat alat solek sambil main game di Coco Game Centre

Menurut Star2, pop-up store yang berkonsepkan permainan arcade ni memberi peluang kepada pengunjung untuk membelek alat solek Chanel sambil bermain mesin permainan old school yang disediakan di situ. Coco Game Centre sebelum ni pernah membuat kemunculannya di bandar metropolitan seperti Seoul dan Tokyo. Daripada apa yang kami lihat, apa yang ditawarkan Chanel memang menarik giler!

17163512
sumber: malaysia tatler

 

Boleh menangi hadiah produk Chanel!

Ada permainan lumba kereta Beauty Ride, claw machine versi produk Chanel, permainan Pac-Man dan permainan retro Pong. Dan part yang paling best, kalau korang menang permainan ni, korang akan dapat hadiah berupa produk alat solek Chanel! Wow! 

Tapi kalau korang tak berapa nak minat sangat nak main game, boleh je datang ke pop-out store Chanel ini untuk bergambar kerana latar belakang neon dan booth Coco Game Centre yang dihias cantik ni memang worth it untuk dimuatkan dalam Instagram!

1523260058327761 Screen Shot 2018 04 09 At 3.47.20 Pm
sumber: l’officiel
1523259872882435 Screen Shot 2018 04 09 At 3.43.43 Pm
sumber: l’officiel
1523259873466224 Screen Shot 2018 04 09 At 3.43.23 Pm
sumber: l’officiel

 

Dibuka dari 28 April hingga 13 Mei

Coco Game Centre yang sudah dibuka sejak 28 April hingga 13 Mei 2018 ni diadakan di 23, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Bagi mereka berminat untuk datang merasai sendiri pengalaman bermekap sambil main game, korang boleh saja tempah slot masa dan hari yang korang free di sini

1523259918754266 Screen Shot 2018 04 09 At 3.44.43 Pm
sumber: l’officiel

 

Untuk sebarang update, korang boleh je check dekat hashtag ni: #CocoGameCenterMY.

Ingat, pop-out store ni dibuka sampai 13 Mei je tau. Jom ajak kawan-kawan bersolek sambil main game hujung minggu ni! 

Baca: 9 Liquid Matte Lipstick Jenama Lokal Untuk Bibir Yang Menawan 

Lip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.