in

Pawang Tawar Servis Pindahkan Hujan, Tak Perlu Ayam Hitam Tapi Hanya Guna Sejadah & Zikir

Pawang Hujan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, pernah tular mengenai kemunculan seorang pawang hujan wanita, Rara Isti Wulandri ketika acara perlumbaan MotoGP Mandalika, Lombok Tengah, Indonesia.



Meskipun banyak kecaman diterima Rara, ternyata karier sebagai pawang hujan atau pemindah hujan sudah lama wujud di negara itu. Sehinggakan ia banyak digunakan di negara luar seperti India.

Dah kena booking sampai bulan Julai 

469523722 E1648955884649

Sudah bekerjaya sebagai pawang hujan sejak tahun 2007, Eko Budi Sumantri sudah maklum dengan kecaman dan tanggapan negatif mengenai pekerjaannya. Pun begitu, ia tidak sekali pun membantutkan lelaki ini daripada menawarkan servis memindahkan hujannya malah, dia sudah ditempah oleh klien sehingga bulan Julai yang akan datang.

Berasal dari Kota Pasuruan, Jawa Timur, Sumantri berkata, sebelum pawang hujan Rara Istri Wulandri viral, ramai yang menggunakan servisnya sehingga ke hari ini. Kata Sumantri lagi, dalam sebulan saja, dia boleh memenuhi permintaan memindahkan hujan di empat puluh tempat sekaligus.

“Kalau mahu booking servis saya, dinasihatkan jangan terlalu lambat. Maksimum seminggu sebelum hari kejadian tempahan sudah dibuat,” katanya.

Hanya perlu sejadah dan zikir sambil memandang langit

Whatsapp Image 2022 03 24 At 11.21.09 Am Ri6Gjv E1648955939795

Jelas Sumantri lagi, sebahagian daripada kliennya adalah warga Indonesia dan kebanyakannya adalah orang kenamaan. Pawang hujan ini juga menambah, servisnya turut diperlukan sehingga ke India dimana dia selalu dipanggil jika ada yang mahu mengadakan majlis perkahwinan yang berlangsung beberapa hari lamanya.

“Sudah 17 kali saya dipanggil ke India. Selain itu, saya juga sudah dua kali ke Thailand, satu kali ke Singapura, satu kali ke Abu Dhabi, dua kali ke Itali, satu kali ke Inggris dan dua kali ke Turki untuk memenuhi panggilan sebagai pawang hujan,” katanya.

Pawang Hujan Eko Budi Sumantri 2 43 E1648956020412

Ditanya mengenai alatan yang digunakan dalam ritual pemindahan hujan, Sumantri berkata ramai yang suka menggunakan servisnya kerana dia tidak meminta barangan yang aneh-aneh. Cukup hanya sediakan sejadah dan masjid atau kawasan yang membenarkannya berzikir sambil memandang ke arah langit untuk memantau pergerakan awan.

Difahamkan, Sumantri akan berzikir tanpa henti dari sebelum acara bermula sehinggalah tamat.

“Hujan itu adalah kehendak Allah AWT. Makanya saya tak pakai sesajen dan ayam hitam, cukup hanya zikir.”

Biasanya dibayar Rp 1.5 juta

035860400 1486382885 Pawang Hujan Mencoba Mengalihkan Hujan E1648956100638

Jika menerima pemintaan yang tinggi, sudah pastinya ramai yang mengagak Sumantri akan dibayar upah yang lumayan. Meskipun tidak berani menyebut berapa upah yang diterimanya dengan yakin, Sumantri menjawab, selalunya dia dibayar Rp 1.5 juta (sekitar RM439).

“Tapi kalau di luar negara, bayarannya pakai dollar. Boleh sampai belasan juta bahkan lebih kerana kadangkala diundang sampai berhari-hari. Itu belum masuk kos fasiliti dan sebagainya,” katanya.

Selain menawarkan servis memindahkan hujan, bapa kepada dua orang anak yang berkelulusan sarjana perakaunan ini juga mempunyai klinik yang menawarkan servis bekam dan gurah.

Sumber: Detik X

Baca: Indonesia Bayar ‘Pawang’ Ratusan Juta Rupiah Untuk Hentikan Hujan Masa Event MotoGP

Pawang Moto Gp 2 E1648953208142

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.