in

“No 1 tu mesti sebab rakyat M’sia” – Ini 10 Bandar Paling Banyak Dilawati Di Seluruh Dunia

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk orang yang tak biasa travel ke luar negara tapi teringin nak pergi, korang boleh mulakan rancangan korang dengan melawat tempat yang paling banyak dilawati.


Mana tidaknya, mesti ada sebab-sebab kenapa sesetengah bandar ini menjadi pilihan yang popular di kalangan pelancong. Sama ada ia kaya dengan budaya, mempunyai seni bina yang menarik atau yang paling penting, murah dan mesra pelancong.

Jadi, dekat bawah ni kita akan tengok apa bandar-bandar yang paling banyak dilawati pada tahun 2023 menurut Persatuan Statistik Amerika. Jom!

Artikel menarik: Orang Asia Paling Ramai Tak Nak Melancong Keluar Negara, Pilih Pelancongan Domestik

Artikel menarik: 8 Bandar Paling Berbahaya Di Dunia Untuk Dilawati, Ini Sebabnya…

5. Singapura

Gambar Bandar Singapore Pada Waktu Malam

Selain mendapat kedudukan ke-5 sebagai bandar paling banyak dilawati pada tahun 2023 di dunia, Singapura juga merupakan antara bandar paling selamat di dunia tau!

Disebabkan ini, Singapura telah berjaya menarik minat pelancong-pelancong yang baru nak cuba travel ke luar negara serta yang mahu bergerak secara solo.

Selain itu, dengan adanya tarikan seperti Universal Studios Singapore, ia membuatkan ramai pelancong dari negara-negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia yang tertarik untuk melancong ke sana bersama keluarga.

4. Dubai

Tal Dubai Dubaitg1123 17390625954C4Be3902A440D8Fffde67

Dubai merupakan destinasi pelancongan yang sangat-sangat popular di kalangan pelancong-pelancong yang gemarkan kemewahan. Ini kerana, Dubai dianggap seperti taman permainan untuk orang-orang kaya dan terkenal.

Pemandangan di sana pula dihiasi dengan seni bina yang mewah dah eksklusif. Malah, bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa juga turut terletak di sana tau!

Selain dari itu, pelancong yang ke sana juga turut dapat mengenali budaya Timur Tengah yang masih diterapkan di sana serta mendapat peluang untuk menaiki unta di tengah-tengah padang pasir yang canti.

Tak cukup dengan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai juga secara rasminya merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di dalam dunia jadi memang patutlah ia masuk dalam senarai bandar paling popular dan paling banyak dilawati kan?

3. London

E6C1F55E 51Ac 41D5 8C63 2D0C63Faf59E

London telah berjaya meraih tempat ketiga sebagai bandar paling banyak dilawati di dunia pada tahun 2023. London mempunyai mercu-mercu tanda yang terkenal dan dekat di hati ramai orang walaupun untuk orang yang tak pernah jejakkan kaki ke sana seperti The Tower of London, London Bridge dan Buckingham Palace.

Jadi memang tak hairanlah bila ia telah menjadi tempat pilihan kepada pelancong-pelancong yang pertama kali mahu ke luar negara. Selain itu, di London juga terdapat banyak muzium-muzium terkenal yang penuh dengan sejarah kebudayaan di sana dan merupakan tempat membeli belah paling menyeronokkan di Eropah tau!

2. Paris

Siapa je yang tak teringin nak menjejakkan kaki ke bandar paling romantis di dunia ni? Paris yang dikenali sebagai City of Lights ini merupakan salah satu destinasi bucket list oleh ramai orang di seluruh dunia terutamanya kepada pasangan-pasangan yang dilamun cinta.

Paris dijangka akan mendapat lebih ramai lagi pelancong pada tahun 2024 kerana gereja besar Notre Dame dijangka akan dibuka semula pada penghujung tahun ini serta ia juga akan menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik Musim Panas pada Ogos nanti.

1. Bangkok

3Af9262B 3D8B 40C6 B61D E37Ae1Aa90Aa

Tempat paling banyak dilawati pada tahun 2023 adalah Bangkok! Mana tidaknya, tahun lepas je ribuan rakyat Malaysia telah masuk ke Thailand untuk melawat negara tersebut.

Bandar metropolitan ini telah menarik minat ramai pelancong sama ada yang minat dengan budaya, suka membeli belah atau yang suka untuk meneroka makanan-makanan tempatan, semuanya ada dekat sini!

Tak cukup dengan itu, untuk bercuti di Bangkok juga tak menelan belanja yang besar ekoran makanan-makanan dan tempat penginapan yang murah memang mudah didapati di sana.

Kuala Lumpur Skyline At Dusk 1

Dekat bawah ni pula, merupakan senarai penuh 10 bandar paling banyak dilawati di dunia di mana Kuala Lumpur telah memegang tempat ke-6 dengan seramai 13.79 juta pelancong telah datang ke sini untuk melancong tau!

1. Bangkok (22.78 juta pelancong) 

2. Paris (19.10 juta pelancong)  

3. London (19.09 juta pelancong)  

4. Dubai (15.93 juta pelancong) 

5. Singapura (14.67 juta pelancong  

6. Kuala Lumpur (13.79 juta pelancong) 

7. New York (13.60 juta pelancong)  

8. Istanbul (13.40 juta pelancong) 

9. Tokyo (12.93 juta pelancong)  

10. Antalya (12.41 juta pelancong) 

Korang plan nak ke mana tahun ni?

Sumber: Travel Off Path

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.