in

8 Bandar Paling Berbahaya Di Dunia Untuk Dilawati, Ini Sebabnya…

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita nak pergi ke sesuatu tempat lebih-lebih lagi di negara yang kita tak familiar, kita mesti akan buat beberapa research pasal tempat yang kita nak pergi tu kan?


Antara benda yang kita akan research adalah tempat-tempat menarik untuk dilawati dan makanan-makanan yang boleh didapati di sana. Tapi, ramai yang terlupa untuk tengok keselamatan di tempat yang kita kunjungi.

Jadi, di artikel kali ini, kita akan senaraikan beberapa bandar yang dianggap tak selamat ekoran kadar jenayah yang tinggi, pencemaran atau kekerapan bencana alam yang berlaku di sana.

Kalau korang nak tahu, bandar apa yang di dunia yang paling berbahaya untuk dilawati, jom tengok senarainya dekat bawah ni supaya korang boleh buat persiapan yang sepatutnya sebelum pergi ke bandar-bandar ni.

Artikel berkaitan: Ini 10 Bandar Paling Kotor Dalam Dunia, Jepun Pun Tersenarai?

Artikel berkaitan: Ini 10 Negara Paling Selamat & Aman Di Dunia Pada Tahun 2023, Malaysia Mana?

1. Tijuana, Mexico

Gettyimages 880471902 A951Cfbd2F2D E1525469440871

Tijuana dianggap sebagai pusat pembunuhan dunia dengan kes pembunuhan sebanyak 138 per 100,000 penduduk setiap tahun. Perkara ini berlaku disebabkan oleh peningkatan keganasan geng di antara permusuhan kartel dadah di sana.

Tijuana terletak di sempadan di antara Mexico dan USA dan merupakan rumah kepada hampir 2 juta penduduk. Bandar ini mempunyai kepelbagaian penduduk serta berkembang dengan pesat serta turut menarik seramai 80,000 pendatang setiap tahun.

Kalau korang nak rasa vibe macam ala-ala Breaking Bad, bolehlah bercuti dekat sini!

2. Legazpi, Filipina

8551226734 4625Cf0Dee Z

Kebanyakan bandar telah dibina berdekatan dengan gunung berapi aktif. Ini kerana ia turut memberikan beberapa kelebihan seperti menyediakan tenaga geoterma terus ke rumah tapi ia juga memang tak dinafikan sangat berbahaya.

Salah satu bandar seperti ini adalah bandar Legazpi yang terletak di Filipina. Bandar ini terletak di kaki Gunung Mayon, iaitu salah satu gunung berapi paling aktif sejak sedekad yang lalu. Malah, baru-baru ini seramai 16,000 penduduk terpaksa meninggalkan tempat ini kerana Gunung Mayon meletup.

Disebabkan bahaya yang berlaku kerana letupan gunung berapi, beberapa rancangan telah pun diumumkan untuk membina satu pusat pemindahan besar bagi menghadapi letusan gunung berapi yang bakal berlaku di masa akan datang sekaligus melindungi penduduk tempatan.

Walaupun gunung berapi ini sangat aktif, ia tak menghalang 200,000 penduduk di sana untuk terus tinggal di Legazpi.

3. Pripyat, Ukraine

Original

Lebih 35 tahun sejak bencana nuklear Chernobyl berlaku, bandar Pripyat masih menjadi bandar paling radioaktif di muka bumi. Malah, radiasi ini telah menembusi jauh ke dalam tanah di bandar ini menjadikan tempat ini hanya selamat untuk didiami sekurang-kurangnya 20,000 tahun akan datang.

Kalau korang nak tahu, sebelum bencana ini berlaku, Pripyat merupakan rumah kepada hampir 50,000 penduduk di mana rata-rata orang di sana telah bekerja di loji tenaga nuklear. Ekoran letupan dan kebocoran radiasi yang berlaku, mereka semua telah dipindahkan ke bandar yang dibina khas bernama Slavutych yang terletak sejauh 45km dari Pripyat.

Sejak beberapa tahun lalu, lawatan ke bandar ini telah dibuka untuk orang awam. Jadi, asalkan korang ikut arahan orang yang bawa korang untuk melawat bandar ini dan tak melencong ke tempat lain sendiri, korang boleh melawat tempat ni. Eh tapi Ukraine tengah perang sekarang. So, tangguh dululah eh…

4. Lahore, Pakistan

Gettyimages 1236616429.Jpg

Apa yang berlaku bila korang tebang hutan-hutan yang ada untuk bina jalan-jalan baru atau perumahan-perumahan baru? Nak tahu contohnya, korang bolehlah pergi ke Lahore yang terletak di Pakistan.

Ini kerana, Lahore dianggap sebagai antara bandar yang paling tercemar di dunia dengan udara yang sangat berbahaya untuk kesihatan seseorang.

Bukan tu je, pelepasan dari kilang-kilang berat, habuk dari pembinaan yang sedang dijalankan serta penjanaan kuasa di sana yang masih bergantung kepada pembakaran bahan api fosil turut menyumbang kepada masalah pencemaran di sana tau.

5. Oklahoma, AS

Automobilealleydaytime 9De7C088850F46F0A16Bc858A51Afd50

Walaupun sedar akan risiko tinggi berlakunya puting beliung yang dahsyat, ia tak menghalang 700,000 orang penduduk untuk tinggal di bandar yang terletak berhampiran pusat ‘lorong puting beliung’ yang merupakan kawasan di Amerika Syarikat di mana kemungkinan besar berlakunya puting beliung yang kuat.

Mei merupakan bulan kemuncak untuk puting beliung berlaku di bandar ini, dengan kadar sebanyak 24 ribut yang berlaku setiap tahun sejak 1950. Apa yang mengejutkan, di Oklahoma ni tak ada langsung tempat perlindungan sekiranya berlaku puting beliung tau.

Disebabkan ini, penduduk di sana akan bina tempat perlindungan dorang sendiri untuk melindungi mereka apabila puting beliung berlaku. Fuh!

6. Jakarta, Indonesia

Thumbnail.jpg

Hampir separuh Jakarta kini di bawah paras laut menjadikan bandar ini sangat berisiko tinggi untuk dilandar banjir. Tak cukup dengan itu, pembinaan sistem pembentungan dan infrastruktur di sana juga sangat teruk dan tak boleh menampung isipadu air yang tinggi.

Penduduk-penduduk di sana kini dah pun terbiasa dengan banjir yang berlaku di sana dan kajian juga mendapati bahawa Jakarta kini sedang tenggelam, di antara 5-10cm setiap tahun.

Ekoran ini, beberapa penyelesaian drastik tengah dijalankan termasuk pembinaan tembok gergasi yang dibentuk seperti burung berukuran 32km lebar dan 24m tinggi yang diharap akan melindungi seramai 10 juta penduduk dari risiko air naik.

7. Tokyo, Jepun

Tokyo 2021 Gettyimages 1208124099.Jpg

Tokyo terletak di ‘Lingkaran Api Pasifik’, iaitu satu kawasan besar seluas 40,000km panjang dan 500km lebar termasuk 453 gunung berapi. Malah, 90 peratus gempa bumi yang berlaku di dunia terjadi di kawasan ini. Disebabkan ini, Tokyo mengalami aktiviti seismik (gegaran gunung berapi) hampir setiap hari.

Kerana gempa bumi yang berlaku di Tokyo ini terlalu kerap, sampaikan penduduk di Tokyo dah tak heran dah. Pun begitu, sekolah di sana perlu menjalankan latihan gempa bumi sebanyak dua kali setahun sekiranya berlaku letusan gunung berapi yang besar.

Sebagai salah satu bandar dengan penduduk paling ramai di dunia iaitu 14 juta orang, kemusnahan yang berlaku agak dahsyat jika gempa bumi kuat berlaku di sana.

8. Teresina, Brazil

Teresina Cover

Teresina merupakan bandar paling panas di Brazil, di mana ketika musim panas, suhu di sana biasanya sekitar 36 darjah celsius dan sangat jarang jatuh di bawah 20. Ekoran cuaca yang panas dan lembab di sana, ia menjadikan bandar ini sebagai bandar nombor satu paling banyak berlakunya kilat.

Bandar ini terletak di kawasan Brazil yang dikenali sebagai ‘tanah rata kilat’ (chapada do corisco), daerah ketiga di dunia dengan kadar kilat menyambar paling tinggi setiap tahun.

Bukan tu je, jenayah di sana juga merupakan masalah terbesar bandar ini juga di mana ia merupakan antara 50 bandar dengan kadar pembunuhan tertinggi pada tahun 2017.

Sumber: BBC Science Focus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.