in

Orang Asia Paling Ramai Tak Nak Melancong Keluar Negara, Pilih Pelancongan Domestik

Rakyat Jepun Tak Nak Melancong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun dunia masih belum pulih sepenuhnya daripada Covid-19, orang ramai mengambil peluang yang ada untuk melancong dan menurut data yang dikumpulkan, sebahagian daripada itu akan bercuti untuk jangka masa yang panjang dan ada juga merancang perjalanan ala ‘bucket list‘.


Pun begitu, ianya tidak merangkumi atau mewakili keseluruhan penduduk dunia kerana ada juga mereka yang tidak langsung berminat untuk bercuti selepas pandemik.

Menurut survey yang dijalankan ke atas 16,000 orang dewasa di 15 buah negara seluruh dunia oleh syarikat Morning Consult mendapati penduduk di Asia merupakan peratusan paling tinggi tidak mahu melancong.

Screenshot 1

15% daripada penduduk Korea Selatan dan 14% dari Republik China mendedahkan mereka tidak akan melancong lagi menurut laporan yang diterbitkan pada bulan Ogos manakala 14% rakyat  Amerika Utara serta 11% di Mexico tidak mahu melancong.

Pun begitu, tidak ada negara yang hampir dengan keengganan perjalanan yang ditunjukkan di Jepun, di mana kira-kira 35% responden berkata mereka tidak berhasrat untuk melancong.

Salah satu soalan yang ditanyakan kepada para responden adalah mengenai ‘pelancongan dan beriadah’ dan tidak membezakan antara rancangan perjalanan domestik atau antarabangsa, kata Lindsey Roeschke, penganalisis perjalanan dan hospitaliti di Morning Consult.

Tambah laporan berkenaan lagi, responden ditanya dua kali iaitu pada April dan Julai dan kedua-duanya tidak menunjukkan pertambahan dan keputusannya tetap sama dengan Jepun kekal jauh di belakang negara lain, termasuk di Asia Utara, menurut laporan itu.

Pexels Photo 115603

Sebagai contoh, hanya 45% rakyat Jepun merancang untuk melancong berbanding 65% di China, 66% di Korea Selatan dan 77% daripada penduduk Jerman ingin melancong dalam tempoh 12 bulan mendatang.

Tak Nak Ke Luar Negara

Ketika pelancongan keluar negara menjadi permintaan di kebanyakan negara lain, ianya tidak berlaku di Jepun yang mana rata-rata penduduknya memilih untuk melancong dalam negara.

Menurut Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan Jepun, seramai 386,000 orang melancong ke luar negara pada bulan Ogos dan ianya jauh lebih rendah daripada jumlah mereka yang melancong pada Ogos 2019 iaitu 2.1 juta orang.

Hideki Furuya, Profesor di Universiti Toyo, Jepun yang mengkaji tingkah laku pelancong mendapati ramai memilih untuk mengurangkan risiko selain tekanan rakan sebaya juga akan membuatkan pelancong berada dekat dengan rumah jika risiko dijangkiti Covid-19 adalah tinggi.

“Pada 2019, hanya 23% warga Jepun yang memegang pasport”

“Halangan bahasa dan kekurangan cuti berturut-turut adalah beberapa sebab mengapa perjalanan domestik lebih diutamakan,” kata Furuya, sambil menambah bahawa “persekitaran kerja yang menyukarkan untuk mengambil percutian berbayar” adalah faktor lain.

Beliau juga menyebut daya tarikan alam semula jadi, sejarah dan budaya Jepun sebagai ‘alasan’ selanjutnya untuk tidak melancong keluar negara walaupun ada beberapa destinasi agak popular dalam kalangan penduduk Jepun seperti Taiwan, Korea Selatan dan juga Hawaii.

Selain Jepun, pelancong lain turut bersetuju dan berkata mereka juga telah hilang semangat untuk mengembara selain ada juga mengatakan bahawa mereka tidak akan melancong untuk masa yang terdekat.

Ini disebabkan beberapa perkara yang terjadi dalam industri pelancongan seperti banyak penerbangan yang dibatalkan, ditangguhkan dan juga kekurangan kakitangan.

Sumber : CNBC

Baca : 5 Pulau Yang Hanya Didiami Oleh Haiwan, 3 & 4 Tu Tak Boleh Dilawati

Pulau Haiwan 1

Sumber: CNBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.