“Nilah orang kata akai letak celah kangkang” – Dato’ Aliff Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Nilah orang kata akai letak celah kangkang” – Dato’ Aliff Dikecam Letak Patung Depan Rumah

Haihlaah Dato’ Aliff! Kalau takde gosip melekat dengan Abang Terlajak Laris ni dalam satu hari memang tak sah kan? Kali ni pulak mengenai mahligai usahawan kosmetik ni yang dah siap dibina sepenuhnya beberapa minggu lepas tapi muncul pulak kontroversi sebab rekaan dalaman rumah ni dikatakan agak melampau. Ape yang melampau tu?

Menerusi video yang dimuat naik Dato’ Seri Aliff kat Instagram, dia dah berkongsi cerita membeli dua buah patung ukiran ala zaman Greek kuno yang dikatakan akan diletak kat bahagian halaman rumah. Tapi yang menjadi masalahnya, bukan ke orang yang beragama Islam tak boleh menyimpan patung menyerupai makhluk bernyawa dalam rumah? Haipp takkan Dato’ Aliff tak tau!


https://www.instagram.com/p/BhbCTN3BGF1/?taken-by=aliffsyukriterlajaklaris

Tindakan jutawan ni dah mengundang pelbagai kecaman dan kutukan daripada netizen yang berceramah tentang soal haramnya meletakkan patung di rumah walaupun untuk tujuan hiasan. Ini antara kecaman yang Aliff terima:

Komen
Sumber: Instagram

Walaupun begitu, Aliff ada jugak memberitahu tujuannya meletakkan patung tersebut sebagai simbol keselamatan seperti tentera Yunani yang menggunakan alat pelindung macam lembing dan perisai.

Namun penjelasan tu tak diterima netizen dan ada yang menegur bahawa malaikat takkan masuk ke dalam rumah yang ada patung hiasan. Emm macam mana tu? Kena rujuk ustaz ni Dato’ Aliff. 

Kecam
Sumber: Instagram

Papepun kami harap Dato’ Aliff fikir-fikirlah apa yang ditegur netizen tu. Tak salah excited nak hias rumah dengan macam-macam hiasan mahal sebab Aliff Syukri ni orang berada. Cuma lebih baik kalau usahawan kosmetik ni rujuk para ustaz dulu sebelum nak letak hiasan yang mencurigakan macam tu. Tak pasal-pasal kena kritik dengan netizen.

Dato’ Aliff kena beli jaket kalis kecaman lah lepas ni sebab tak habis-habis jadi topik utama gosip! 

Baca: Dato’ Seri Aliff Syukri Nak Bagi Makan Free Tapi Dia Kena Gelak Pulak Sebab Kesalahan Ni

Pagealiff

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nilah orang kata akai letak celah kangkang” – Dato’ Aliff Dikecam Letak Patung Depan Rumah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nilah-orang-kata-akai-letak-celah-kangkang-dato-aliff-dikecam-letak-patung-depan-rumah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM