“Ni spesis acah pandai ke apa” – Kutuk Instafamous Pakai Sunscreen Waktu Malam, Netizen Ni Bakal Kena Saman Dengan Asyalliee?

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ni spesis acah pandai ke apa” – Kutuk Instafamous Pakai Sunscreen Waktu Malam, Netizen Ni Bakal Kena Saman Dengan Asyalliee?

Bagi wanita yang menjaga kecantikan wajah, wajar untuk korang pakai macam-macam krim seperti krim pemutih lah, mosturizer lah dan yang paling penting sunscreen yang dapat melindungi kulit daripada cahaya UV matahari.

Namun viral baru-baru ni di Twitter, apabila seorang instafamous, Asyalliee katanya mempromosi produk sunscreennya yang boleh juga dipakai pada waktu malam. Merasa hal tu pelik, tiba-tiba seorang netizen ni telah mengecam tindakan ‘bodoh’ Asyalliee. 


“Maknanya malam ni tidur dalam aircond kena pakai sunscreen la” 

Disebabkan posting tersebut viral, Asyalliee mendapat kecaman netizen yang berpendapat memakai sunscreen pada waktu malam tu satu perkara sia-sia. Lagipun menurut mereka, mana ada matahari waktu malam yang sampai gigih nak pakai sunscreen dan bawa tidur sekali tu.

Sun 1

Eiirud1Ueaabvon
Sumber: Twitter

Ini antara komen yang mengecam Asyalliee.

Betoi
Sumber: Twitter

“Kalau hang tak delete benda karut ni. Tunggu surat saman sampai ok” 

Walau bagaimanapun, isu viral ni mendapat perhatian Asyalliee yang telah menjelaskan hal sebenar dan siap nak saman lagi netizen terbabit. Uishhh!

Menurut Asyalliee di instastory, dia pertama sekali langsung tak ada sebut pun tentang memakai sunscreen ni masa tidur. Malah katanya lagi, sebenarnya boleh saja kalau nak pakai sunscreen kalau keluar ke mall atau mana-mana pada waktu malam. 

Eikz Grwoamxx S
Sumber: Twitter

Menerusi penjelasan seorang pengikutnya di ruangan DM, lampu pendaflour pun boleh hasilkan sinaran UV. Jadi tak salah kalau pergi mall waktu malam dan pakai sunscreen untuk protection kepada kulit.

Haaa kan dah kena. Kalau nak kecam tu berpada-padalah. 

Eikz Gtwwaamb6Q

Saman 1
Sumber: Twitter

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Pernah tak keluar waktu malam pakai sunscreen? Apa-apa harap janganlah gaduh sampai saman menyaman ye. 

Baca: “Boleh tak jangan buat video bodoh” – Instafemes Dikecam Gara-gara Buat Video Pendek Promosi Keganasan Rumah Tangga?

Ganas

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ni spesis acah pandai ke apa” – Kutuk Instafamous Pakai Sunscreen Waktu Malam, Netizen Ni Bakal Kena Saman Dengan Asyalliee?
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ni-spesis-acah-pandai-ke-apa-kutuk-instafamous-pakai-sunscreen-waktu-malam-netizen-ni-bakal-kena-saman-dengan-asyalliee/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM