Personal Collection Malaysia hari ini memmperkenalkan SKINFiT™, rangkaian penjagaan kulit premium yang dibangunkan berasaskan falsafah “Better Skin. Everyday.” Direka untuk memenuhi keperluan semua jenis kulit, SKINFiT™ tampil dengan pendekatan berbeza yang bukan sekadar merawat masalah kulit, tetapi membantu membina asas kulit yang lebih sihat, kuat dan seimbang dari dalam.

Berbeza daripada kebanyakan produk yang hanya memberi tumpuan kepada simptom seperti kulit kering, kemerahan atau jerawat, SKINFiT™ mengetengahkan konsep Symbiosis – keseimbangan antara mikrobiom kulit, lapisan perlindungan kulit (skin barrier) dan kelembapan semula jadi. Pendekatan ini membolehkan kulit berfungsi secara optimum dan lebih berdaya tahan terhadap tekanan persekitaran harian.
Keunikan SKINFiT™ – Menyokong Kesihatan Kulit Secara Menyeluruh

Formula SKINFiT menggabungkan empat teknologi utama yang saling melengkapi untuk memberikan penjagaan kulit secara menyeluruh:
- Prebiotic – Menyuburkan bakteria baik pada kulit bagi mengekalkan keseimbangan mikrobiom serta membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria penyebab keradangan dan jerawat.
- Postbiotic – Membantu menguatkan skin barrier dan mempercepatkan proses pemulihan kulit agar lebih sihat dan terlindung.
- 8HA Complex – Gabungan lapan jenis Hyaluronic Acid yang memberikan penghidratan pada setiap lapisan kulit untuk kelembapan yang tahan lama.
- 7-Herbal Soothing Complex – Campuran tujuh ekstrak tumbuhan seperti Cica, Green Tea, Chamomile, Rosemary dan Licorice yang terkenal dengan manfaat menenangkan, melindungi dan membantu proses pembaikan kulit.
Gabungan bahan-bahan ini menjadikan SKINFiT bukan sahaja membantu memperbaiki keadaan kulit, malah menyokong kesihatan kulit secara berterusan untuk jangka panjang.
Enam Produk, Satu Rutin Lengkap

Rangkaian SKINFiT terdiri daripada enam produk yang saling melengkapi untuk rutin penjagaan kulit harian:
SKINFiT Calming Cleanser membersihkan wajah secara lembut tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit. Diperkaya dengan Frankincense Essential Oil, ia membantu mengekalkan keseimbangan mikrobiom kulit sambil menyingkirkan kotoran dan sisa solekan.
SKINFiT Balancing Toner pula membantu menenangkan kulit serta menguatkan skin barrier dengan Pro-Vitamin B5, di samping menyediakan kulit untuk penyerapan produk penjagaan kulit yang lebih optimum. Kajian klinikal turut menunjukkan peningkatan tahap hidrasi dan pengurangan kemerahan selepas penggunaan berterusan.
Bagi mereka yang memerlukan pemulihan intensif, SKINFiT Repairing Serum mengandungi Premium 7 Ceramidesyang membantu membina semula lapisan perlindungan kulit, mengurangkan kehilangan kelembapan dan meningkatkan ketahanan kulit. Kajian menunjukkan peningkatan kandungan ceramide dalam tempoh enam hari penggunaan.
SKINFiT Hydrating Lotion memberikan hidrasi berpanjangan melalui bahan aktif Passioline™, yang membantu menyokong proses pembaikan kulit dan regenerasi tanpa meninggalkan rasa melekit, sesuai untuk penggunaan harian.
Untuk kulit matang atau sangat kering, SKINFiT Rejuvenate Cream menggunakan Bakuchiol, alternatif berasaskan tumbuhan kepada retinol yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan sambil kekal lembut pada kulit sensitif.
Melengkapkan rutin harian ialah SKINFiT Glow Tinted Sunscreen SPF50 PA++++, pelindung matahari dengan Luminescence Complex dan Niacinamide yang memberikan perlindungan UV tinggi sambil menyerlahkan seri semula jadi kulit tanpa meninggalkan kesan putih.
Kulit Lebih Sihat, Bukan Sekadar Cantik

SKINFiT sesuai digunakan oleh semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif, berminyak, kombinasi dan matang. Dengan pendekatan yang memberi tumpuan kepada keseimbangan mikrobiom, pengukuhan skin barrier serta hidrasi menyeluruh, SKINFiT membantu pengguna menikmati kulit yang lebih sihat, selesa dan berseri setiap hari.
Rangkaian SKINFiT kini boleh didapati melalui dan saluran jualan rasmi Personal Collection Malaysia di www.shop.personalcollection.com.my
