in

“Boleh tak jangan buat video bodoh” – Instafemes Dikecam Gara-gara Buat Video Pendek Promosi Keganasan Rumah Tangga?

Keganasan Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi trend instafemes masa kini untuk membuat video pendek bagi menarik perhatian netizen kat luar sana. Kalau masa bosan, admin layan jugak tengok sketsa pendek yang influencer ni buat kat Instagram atau Facebook.


Tapi normal lah kalau admin kata tak semua video yang dikeluarkan influencer atau instafemes ni best dan berkualiti. Salah satu darinya ialah video pendek dari seorang instafemes ini yang menjadi perdebatan hebat netizen. 

 

“Dia fikir ia sesuatu yang okay bagi seorang perempuan untuk tinggal dengan lelaki kaki pukul…”

Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, dia telah mengutuk hebat sebuah video dari instafemes @amnazhan yang dikatakan mempromosi atau membenarkan keganasan rumah tangga berlaku ke atas wanita.

Kutuk 1
sumber: twitter

https://www.instagram.com/p/BtvfxTGluui/

Daripada apa yang admin faham melalui video ini, ia menceritakan tentang kisah seorang wanita yang menjadi mangsa kepada suami kaki pukul.

Apabila wanita ini meminta pertolongan seorang ustaz di masjid, ustaz tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga pasangan itu apabila suami mangsa sudah meminta maaf serta ingin membawanya pulang ke rumah.

Dia juga meminta wanita tersebut untuk terus berdoa supaya suaminya berubah di kemudian hari. Malangnya apabila pulang ke rumah, wanita tu masih menjadi mangsa suami si kaki pukul itu.

 

“Orang lain pulun buat research. Kau main tibai dengan watak ustaz kero tu” 

Ending kisah tergantung dan nasib wanita tersebut yang tidak terbela telah membuatkan netizen ini tidak puas hati. Menurut netizen tersebut, isu domestic abuse ini isu besar dan boleh membawa kepada kematian.

Malah Amnazhan jugak diminta research dulu tentang isu ini sebelum membuat sebarang video mengenainya.

Ja Jar
sumber: twitter

 

Tak mahu isu dipanjangkan, rakan-rakan backup Amnazhan 

Rata-rata sabahat dan pelakon utama bagi video ini backup pemilik video tersebut serta tidak mahu isu ini dipanjangkan lagi. Bagi mereka, orang luar tidak berhak untuk masuk campur urusan perkahwinan orang lain meskipun dia seorang ustaz. 

Dzbikjhvyaak4Il

Dzbu9Yzvyaakyvk
sumber: twitter

 

“Get your facts right bro. Banyakkan belajar sebelum buat video” 

Video di akaun Instagram Amnazhan telah mendapat banyak kritikan daripada netizen. Rata-rata memang tak bersetuju langsung dengan apa yang dipaparkannya dalam video pendek tersebut.

Wrong
sumber: instagram

Apa pendapat korang tentang video ini? Betul ke ia mendiskriminasi hak wanita? 

Baca: Berlagak Gangster! Pukul Wanita Sampai Berdarah

Pukul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.