“Ni sebabnya anak muda meluat dengan UMNO”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kalau nak dibandingkan dengan negeri lain, Perlis ni kecik je. Tapi masalah politiknya amat mengejutkan dan boleh buat siaran drama bersiri setiap hari pulak. Bila perkara macam ni berlaku, sedikit sebanyak ia beri effect buruk kepada parti pembangkang, UMNO yang baru terima kekalahan baru-baru ni.

Malah menurut Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Twitter, krisis politik seperti inilah yang buat anak muda semakin meluat dengan UMNO. Haih ada betul jugak kata dia ni!

Sumber: Twitter

Kemelut politik di Perlis mula mendapat perhatian apabila perlantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar ditolak 9 anggota ADUN UMNO yang kemudian memboikot untuk tidak hadir majlis perlantikan tersebut. Yang hadir cuma 2 ADUN dari PH dan 2 lagi dari PAS.

Lebih memburukkan keadaan, Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim pulak mohon Raja Perlis untuk tak campur tangan dalam pentadbiran negeri tu. Perkara ni telah membuatkan Raja Perlis murka dengan kesemua ADUN UMNO tersebut.

Sumber: Astro AWANI

Tweet yang dimuat naik Mas Ermieyati telah mendapat sokongan netizen yang rata-rata menyifatkan ahli BN sebagai gila kuasa dan tak menghormati Raja Perlis.

Sumber: Twitter

Harap isu politik di Perlis ni cepat-cepatlah settle sebab ada banyak lagi isu yang kerajaan kena take note dan beri perhatian. Kalau UMNO nak stay relevant sebagai parti yang diterima anak muda, kenalah ubah cara dan pendekatan tu. Tak dilupa buang jugak sikap-sikap tamak kuasa yang buat orang muda meluat dengan parti pembangkang ni.

Siapa orang Perlis? Cer bagi pendapat sikit di ruang komen tentang isu ni. 

Baca: “UMNO tidak boleh ada dalam HARAPAN”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!