“UMNO tidak boleh ada dalam HARAPAN”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Macam-macam perubahan yang Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dah buat dalam masa yang singkat ni untuk memulihkan Malaysia seperti yang dijanjikan beliau.

Baru-baru ini, menurut Malaysia Kini, Tun M kata Pakatan Harapan (HARAPAN) tak akan terima bukan sahaja penyertaan malah kerjasama daripada UMNO. 

Sumber: Malaysia Kini

 

Terpulang kepada mahkamah

Tapi apa-apa pun Tun M kata terpulang kepada mahkamah untuk putuskan status kesahihan UMNO dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk putuskan status pendaftarannya.

UMNO tidak boleh ada dalam HARAPAN, kerana (UMNO) belum tentu sama ada sah atau tidak.”

 

Anggota UMNO failkan semakan kehakiman 

Sumber: Malaysia Dateline

Seramai 16 individu yang pada masa itu masih anggota UMNO telah failkan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ROS bagi membenarkan parti itu tangguhkan pemilihan partinya pada 20 April yang lalu.

Bukan itu sahaja, mereka turut memohon mahkamah mengarahkan ROS bagi mengeluarkan notis di bawah Seksyen 14 (2) dan 14 (5) di bawah Akta Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muktamad.

Mereka kata hari terakhir untuk cawangan UMNO mengadakan pemilihan adalah pada 28 Februari lalu, manakala bagi Majlis Tertinggi dan 191 Bahagian parti itu pada 19 April lepas.

 

Tun M nak semak balik dasar lama pentadbiran Najib

Sumber: FMT

Sementara tu, Tun M kata beliau nak semak semua dasar-dasar lama semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak termasuklah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan National Blue Ocean Shift (NBOS).

Pantas Tun M buat kerja!

Baca: Pensyarah Dapat ‘Jelingan Maut’ Tun M Letak Jawatan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.