Selalunya kita kerap pergi kenduri kahwin dan tengok pasangan mempelai saling menunjukkan sifat sopan santun, tidak kiralah sama ada dengan tetamu tak pun ahli keluarga mereka sendiri.
Hal ini berlaku kerana tradisi yang sudah dipupuk sejak kecil lagi kan…
Tetapi, kali ini lain pula situasinya. Baru-baru ini satu isu menjadi viral di Twitter apabila pasangan mempelai disyaki mengambil gambar freestyle dengan gaya yang tidak senonoh!
Apa yang dilihat pasangan mempelai itu memegang buah dada yang dipercayai kakak kepada pengantin lelaki tersebut.
Menurut juru kamera yang mengambil gambar tersebut, aksi mereka ini tercetus kerana sifat sporting antara adik-beradik yang gila-gila.
Gambar yang tular di media sosial ini telah menerima banyak kecaman dari netizen. Malah ada yang mengatakan aksi mereka ini memalukan bangsa.
Jangan sampai kena bala…
Makin lama makin teruk…
Dunia makin rosak
Meskipun sudah dikecam, juru gambar yang memuat naik gambar tersebut telah tampil memohon maaf dan mengaku silapnya.
Menerusi Harian Metro, juru gambar itu merupakan kawan baik kepada pengantin lelaki itu, niatnya adalah untuk bergurau sahaja.
Saya mohon orang ramai padam dan berhenti menularkan gambar ‘kurang senonoh’ rakan saya daripada media sosial masing-masing, ini adalah kesalahan saya semata-mata mahu bergurau sempena ulang tahun kelahiran rakan baik.” – Juru Gambar
Kalau ye pun nak ambil gambar gila-gila, kalau boleh buatlah time majlis tertutup. Malulah kalau buat dekat awam…
Baca: “Ingat sweet ke?” – Gambar Raya Sambil ‘Ramas’ Punggung Pasangan Jadi Trending Di Twitter