in

“Ni kena tanya Aziz M Osman” – Peminat Filem Malaysia Claim Captain Marvel Tiru Senario XX?

Senario Marvel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah tengok filem superhero Captain Marvel? Haa penggemar filem kat Malaysia ni mesti dah tengok kan. Apa yang admin boleh katakan, filem daripada Marvel kali ni boleh tahan best jugaklah.


Tetapi ada soseh-soseh kat page review filem yang berjenaka kononnya, filem superhero yang menampilkan Brie Larson sebagai pelakon utama ni dah ciplak filem Melayu. Aikkk biar betul ni?? Bukan filem Melayu ke ciplak Hollywood selalunya.. 

 

Captain Marvel tiru Senario XX? 

Menerusi sebuah posting di Facebook page Suka Filem, seorang netizen ‘mengusik’ kononnya Captain Marvel ada meniru konsep cerita daripada Senario XX.

Menurutnya, Yassin dalam Senario XX ni ibarat watak Skrull Talos dalam Captain Marvel yang boleh bertukar wajah. Malah lagi menarik, watak si Yassin ni pun takutkan kucing. Aiyok sama lah! Sapa dah tengok Captain Marvel mesti faham. 

Senario

54521015 2378412938837482 1185304741974900736 N

53378594 2378412962170813 1594524505768722432 N
sumber: facebook

 

“Ah sembang ah Misteri Dilaila. Captain Marvel pun tiru cerita Senario XX. Dia boleh berubah wajah, boleh berubah suara…” 

Kalau sejenis layan filem zaman awal 2000an semasa Senario tengah meningkat naik, mesti korang ingat gila dengan setiap scene menarik dalam filem Senario XX ni. Bukan sorang dua je yang mengaku Captain Marvel ni macam Senario XX, rupanya ramai lagi yang perasan ye!

Cat Afraid Marvel
sumber: facebook

Senario XX yang ditayang pada tahun 2005 ini telah menampilkan pelakon seperti Azlee, Mazlan, Wahid, Yassin, Saiful Apek dan Nur Fazura yang pada ketika tu baru je berkecimpung dalam dunia lakonan.

So korang dah tengok belum Captain Marvel? Ada tak persamaan dengan Senario XX? Haa siapa yang tiru siapa ni? 

Baca: “Kecewa, seriously kecewa” – Peminat Kata Karya Syafiq Yusof Tiru Filem ‘Vanishing Act’?

Van

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.