in

“Hard launch ke?” – Que Haidar Muat Naik Gambar Mesra Bersama Fazura, Netizen Mula Berteka-teki?

Syaz Ft 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkongsian terbaru pelakon terkenal, Que Haidar di media sosial mencuri perhatian ramai selepas beliau memuat naik sekeping foto mesra bersama pelakon popular, Nur Fazura, sehingga mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan pengikut dan netizen.

Foto yang dikongsi memperlihatkan kedua-dua selebriti berkenaan tampil santai dan gembira berjalan bersama, sekali gus menarik perhatian ramai yang teruja melihat keakraban mereka.


Artikel berkaitan: Anak Dapat Hadiah, Ramai Netizen Mula ‘Kenenkan’ Que Haidar & Fazura

Artikel berkaitan: Que Haidar Dan Linda Jasmine Bercerai Talak Satu Lepas 15 Tahun Berkahwin

Cats 5

Keadaan menjadi semakin riuh apabila bekas penyampai radio dan pengacara, DJ Sonic Hussien, meninggalkan komen berseloroh di platform Threads.

Tidak berdiam diri, Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar secara selamba membalas komen berkenaan dengan jawapan ringkas tetapi penuh misteri.

 

View on Threads

 

Balasan mesra dan berseloroh daripada Que Haidar itu serta-merta dihujani pelbagai reaksi netizen yang mula berteka-teki sama ada hantaran berkenaan merupakan tanda ‘hard launch’ hubungan mereka atau sekadar usikan mesra sesama rakan industri.

Rata-rata netizen dan peminat meluahkan rasa teruja di ruangan komen, selain ada yang mula berspekulasi sama ada mereka gandingan terbaharu bagi sebuah projek penggambaran atau drama akan datang, mahupun sekadar pertembungan santai di luar waktu kerja.

Cats 6

Sama ada ia sekadar usikan mesra atau petanda projek seni bersama, keakraban kedua-dua figura seni ini ternyata berjaya menghiburkan serta mencuri tumpuan warga maya.

Sumber: Threads, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.