in

“Kecewa, seriously kecewa” – Peminat Kata Karya Syafiq Yusof Tiru Filem ‘Vanishing Act’?

Page 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rata-rata peminat filem mesti tahu karya penggiat filem Syafiq Yusof yang terbaru, Misteri Dilaila terima banyak review positif.



Cerita berunsur psychological thriller ini dikatakan lain daripada yang lain sebab menampilkan dua ending berbeza untuk satu cerita sama!

Misteri Dilaila bukan filem original

Filem yang dilakukan oleh Zul Ariffin, Elizabeth Tan, Rosyam Nor, Namron dan Sasqia Dahuri ni dah keluar wayang sejak 21 Februari lepas tapi masih diperkatakan oleh peminat filem tempatan.

Tapi dalam setiap perkara yang positif, pasti ada yang negatif. Begitu juga dengan filem ni bila ada yang kata cerita ni tak original.

Movie 1
sumber: twitter

Oh wow, seriously laaaaa? Takkan la kot cerita hebat macam ni tiru filem lain pulak kan.

Plot summary Vanishing Act sama?

Filem Vanishing Act yang dikeluarkan pada tahun 1986 diarahkan oleh David Greene dan dilakonkan oleh Mike Farrell (Harry Kenyon) dan Margot Kidder (Chris Kenyon).

Plot ceritanya pun tak berapa jauh berbeza dengan Misteri Dilaila kalau ikut pendedahan netizen ini.

Movie 2
sumber: twitter

Dalam cerita Misteri Dilaila, pasangan suami isteri, Jefri (Zul Ariffin) dan Dilaila (Elizabeth) bercuti di sebuah banglo di Bukit Fraser.

Malam pertama disana, Jefri diganggu dengan kejadian aneh. Keesokannya, Jefri mendapati Isterinya hilang.

Dilaila Misteri

“This movie cannot be claimed as original”

Tapi alah, biasalah tu kalau ada filem yang ada jalan cerita yang serupa. Yang buatkan dia berbeza-beza kan macam mana pengarah filem tu olah movie tu jadi unik?

So takkan tu pun tak boleh. Betul tak?

Movie 3
sumber: twitter
Movie 4
sumber: twitter

So macam mana ni? Netizen kata tetap tak original sebab plot twist movie Misteri Dilaila sama dengan Vanishing Act.

“Filem Syafiq Yusof memang macam tu..”

Ada yang kata karya Syafiq Yusof memang macam tu? Suka copy idea orang lain dan syok sendiri? Ooops!

Movie 7
sumber: twitter
Movie 8
sumber: twitter
Movie 9
sumber: twitter

Korang rasa macam mana? Siapa yang dah tengok filem ni, apa komen anda? Setuju ke tak dengan statement ni?

Baca: “Macam puzzle yang sempurna” – Penonton Filem Misteri Dilaila Terkejut, Tak Sangka Rupanya Ada 2 Ending Berbeza

Misteri Dilaila V1V2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.