in

Ngeri! Mayat Warga Emas Jadi Santapan Kucing Peliharaan, Rupanya Dah Meninggal Dunia 1-3 Bulan Lalu

Ngeri Mayat Warga Emas Jadi Santapan Kucing Peliharaan Rupanya Dah Meninggal Dunia 1 3 Bulan Lalu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Polis beritahu ia merupakan situasi paling buruk mereka pernah lihat sepanjang karier mereka.”


Begitulah kata-kata seorang jiran sebaik sahaja pihak berkuasa tempatan menemukan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira satu hingga tiga bulan lalu.

Lebih mengerikan, ketika ditemui, mayat wanita terbabit sudah berada dalam tahap pereputan dan beberapa bahagian badannya sudah dimakan oleh kucing peliharaannya.

P02Qvthx E1622340200933
Gambar hiasan

Memetik laporan Newsweek, wanita warga emas itu yang telah dikenal pasti sebagai Clara Inés Tobón, 79, ditemukan polis Sepanyol pada Isnin lalu di dalam unit pangsapuri yang didiaminya. Menurut laporan, bahagian atas badan Tobón telah terputus dan mayatnya dikelilingi lima ekor kucing peliharannya yang sudah meninggal dunia.

Laporan lanjut turut mendedahkan pihak berkuasa telah menemukan dua ekor lagi kucing peliharaan Tobón yang masih hidup tetapi mengalami malnutrisi teruk.

Euyjjdjxsaamudw E1622340424848
Gambar hiasan

Difahamkan, Tobón berasal dari Colombia dan tinggal seorang diri di unit pangsapuri itu semenjak tahun 1996. Wanita itu tidak mempunyai anak dan tidak berkahwin. Keluarganya pula masih menetap di Colombia dan dia tinggal di situ bersama kucing-kucing peliharaannya.

Maxresdefault 2 E1622340074523
Gambar hiasan

Polis menerima laporan daripada jiran-jiran selepas mereka mula curiga kerana Tobón tidak dilihat dalam tempoh yang agak lama. Malah, dia juga tidak menjawab panggilan telefon dan membuka pintu saat jiran datang untuk memeriksa keadaannya. Peti surat wanita itu juga dilaporkan penuh dengan surat yang tidak diambil.

Pada mulanya, jiran-jiran menyangka Tobón mungkin sudah dijangkiti virus COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri.

“Kadangkala kami terbau bau busuk disebabkan kucing-kucing yang dipeliharanya. Tapi, bau kali ini lebih kuat,” kata seorang jiran. 

Kitchen Is Full Garbage Bags Cardboard Boxes 151013 10487 E1622340316350
Gambar hiasan

Selepas gagal mendapatkan jawapan daripada penghuni rumah, bomba dipanggil ke lokasi sebelum pihak berkuasa berjaya mendapat akses ke dalam kediaman itu. Ketika ditemui, keadaan rumah Tobón juga dipenuhi beg sampah.

Menurut laporan, Tobón dikatakan mempunyai sindrom Diogenes iaitu sejenis penyakit yang boleh dikategorikan dengan masalah pengabaian penjagaan diri dan compulsive hoarding.

Hasil bedah siasat mendedahkan punca kematian Tobón adalah natural causes dan dia mungkin sudah meninggal dunia kira-kira satu bulan ke tiga bulan lalu. Bedah siasatan juga telah dilakukan ke atas bangkai lima kucing peliharaan Tobón yang mengesahkan haiwan terbabit sudah memakan sebahagian daripada mayat tuan mereka.

Dalam pada itu, dua ekor kucing peliharaan Tobón yang masih hidup sudah dipindahkan ke pusat kebajikan haiwan.

Sumber: Newsweek

Baca: “Dia lapar sebab tu nak makan tuan” – Bela Ular Sawa, Wanita Nyaris Maut Lepas Ular Peliharaan Cuba Belit

Feature 2 1 E1622338066811

Sumber: BBC
Sumber: Freepik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.