in

Netizen Teruja Lihat Kehebatan Budak 7 Tahun Miliki ‘8 Packs’ dan Juarai Pelbagai Pertandingan

This 7 Year Old Wows Netizens With His Eight Pack And Gold Medals World Of Buzz 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Netizen Teruja Lihat Kehebatan Budak 7 Tahun Miliki '8 Packs' dan Juarai Pelbagai Pertandingan
Loading
/

Baru-baru ini tersebarnya foto seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari China mempunyai bentuk tubuh luar biasa yang mengejutkan netizen seantero dunia.


Budak yang bernama Chen Yi ini berasal dari Hangzhaou dan dilaporkan telah direkrut oleh sebuah sekolah gimnastik tempatan. Dia telah menjalani pelbagai latihan fizikal yang ekstrim dan hanya pulang ke rumah di hujung minggu. Pun begitu, kerja kerasnya kini semakin menimbulkan hasil!

This 7 Year Old Wows Netizens With His Eight Pack And Gold Medals World Of Buzz 3
sumber: shanghaiist

Eight-pack?? Haa biar betul? Gigit jarilah abang-abang yang gigih pergi gym tu…

Menurut Daily Mail, Chen Yi baru sahaja bertanding pertandingan di sebuah sekolah gimnastik tempatan minggu lepas, yang mana dia telah memenangi enam pingat emas dan satu pingat perak. Wow! 

Sebaik sahaja dia selesai menghabiskan acara pertandingannya, Chen Yi terus menukar pakaian uniformnya ke pakaian biasa.

This 7 Year Old Wows Netizens With His Eight Pack And Gold Medals World Of Buzz 5
sumber: shanghaiist

Namun sejurus selepas wartawan dan penonton terlihat akan tubuh kekarnya yang luar biasa, mereka mula menyerbu Chen Yi dan mengambil foto budak tersebut. Sejak dari itu, gambarnya terus tular di media sosial.

This 7 Year Old Wows Netizens With His Eight Pack And Gold Medals World Of Buzz 4
sumber: shanghaiist

Menurut ibu Chen Yi, anaknya memang seorang kuat dan gagah. Dia telah dilahirkan seberat 9 pound iaitu bersamaan 4kg dan telah mula berjalan pada usia 11 bulan!

Antara kehebatan Chen Yi ialah dia mampu mengangkat tubuhnya dengan satu tangan pada usia 2 tahun, lapor Shanghaiist. Pada kebiasaannya, dia akan mengangkat tubuhnya naik ke atas palang yang mendatar sambil meminum susu dengan tangan yang sebelah lagi.

Makanan kegemarannya ialah dumpling, yang mana dia boleh menikmatinya lebih dari sedozen dalam satu hidangan.

This 7 Year Old Wows Netizens With His Eight Pack And Gold Medals World Of Buzz 6
sumber: shanghaiist

Fuh hebatlah budak ni!

Berikut merupakan video mengenai Chen Yi yang menjadi tular selepas dia dikenali ramai. Jom tonton!

Nampaknya kena pergi gym lah lepas ni! Banyak dah lemak-lemak degil dalam badan ni. 

Baca: Kanak-kanak Autistik Berusia 7 Tahun Tulis Buku Sendiri Beri Inspirasi Buat Ramai Orang

Kanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.