Netizen Seriau Tengok Nenek Melintas Landasan Kereta Api, Hon Dah Bunyi Tapi Selamba ‘Catwalk’ Pulak

Tambah ke Sumber Pilihan
Netizen Seriau Tengok Nenek Melintas Landasan Kereta Api, Hon Dah Bunyi Tapi Selamba ‘Catwalk’ Pulak

Nampak macam simple tapi bagi sesetengah orang, nak melintas jalan tu boleh dikategorikan dalam aktiviti yang mendebarkan. Sebab tu ada orang yang bila nak lintas kena lintas ramai-ramai, kalau sorang-sorang memang tak berani melainkan jalan raya tu betul-betul kosong.

Tapi bagi seorang nenek ini pula, perbuatan melintas diibaratkan seperti model yang memperagakan pakaian selepas dia selamba catwalk semasa sedang melintas sebuah landasan kereta api.


90655 Ngeri Aksi Nenek Nenek Jalan Santai Bak Catwalk Di Tengah Rel Saat Kereta Mau Lewat E1648864963487

Difahamkan berlaku di negara jiran, Indonesia, satu rakaman video pendek tular yang memaparkan seorang wanita warga emas yang berjalan perlahan saat melintasi landasan kereta api meskipun hon sudah dibunyikan menandakan kereta api akan melalui kawasan itu.

Insiden yang berlaku pada waktu siang itu turut menunjukkan beberapa pengguna jalan raya lain yang sedang menunggu dibalik palang yang sudah turun menandakan kereta api akan lalu tak lama lagi. Ketika itulah, nenek yang menggayakan kebaya merah selamba berjalan melintasi landasan berkenaan.

https://twitter.com/jowoshitpost/status/1509151563956191235?cxt=HHwWhoCsncDWyvEpAAAA

“Fashion show paling mendebarkan” – netizen

Setakat artikel ini ditulis, video terbabit sudah meraih sebanyak 231.9 ribu tontonan. Dalam video sama juga, dapat didengari hon yang dibunyikan dari beberapa kenderaan lain yang mungkin menyuruh nenek terbabit segera meninggalkan landasan.

Ketika sedang melintas landasan kedua, nenek berkenaan dilihat telah didekati seorang petugas yang dilihat menegur nenek terbabit dalam keadaan yang sedikit marah.

89562 Ngeri Aksi Nenek Nenek Jalan Santai Bak Catwalk Di Tengah Rel Saat Kereta Mau Lewat E1648865018103

Menurut saksi kejadian, ketika ditegur, warga emas terbabit malah membebel pula tanda tidak berpuas hati ditegur.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warganet turut naik seram melihat gelagat si nenek yang nampak seperti tidak kisah langsung dengan persekitarannya.

“Waduh seperti punya dua nyawa,” komen netizen.

“Pasti yang di belakang palang menonton macam buat senam jantung, debar-debar,” kata netizen lain pula.

Sumber: Twitter @jowoshitpost

Baca: “Ini baru betul catwalk!” – [Video] Aksi Si Bulus Peragakan Pelbagai Jenis Fesyen Persis Seorang Model Buat Netizen Cair

Ft Kucing Final E1648862857182

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aira Sahira
Lagi tulisan Aira
Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Netizen Seriau Tengok Nenek Melintas Landasan Kereta Api, Hon Dah Bunyi Tapi Selamba ‘Catwalk’ Pulak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/netizen-seriau-tengok-nenek-melintas-landasan-kereta-api-hon-dah-bunyi-tapi-selamba-catwalk-pulak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM