in

“Ini baru betul catwalk!” – [Video] Aksi Si Bulus Peragakan Pelbagai Jenis Fesyen Persis Seorang Model Buat Netizen Cair

Ft Kucing Final E1648862857182

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan setakat anak kecil sahaja ‘sakan’ memperagakan pelbagai jenis fesyen baju yang cantik dan comel oleh ibu bapa mereka. Malah, ada juga sesetengah pemilik haiwan yang turut memakaikan pelbagai jenis fesyen baju yang ditempah khas untuk haiwan peliharaan mereka agar kelihatan lebih ‘cool’ dan ‘bergaya’.


Siap matching-matching lagi baju tuan dengan haiwan kesayangan. 

Tidak terkecuali juga dengan pemilik kucing ini yang gigih memakaikan pelbagai jenis fesyen kepada si bulus kesayangannya sehingga berjaya meraih perhatian netizen di media sosial setelah klip video tersebut dimuat naik di laman Twitter baru-baru ini.

 

Siap catwalk peragakan pelbagai jenis fesyen

Kucing Polis

Apa yang menggelikan hati, si bulus tersebut bukan sahaja kelihatan comel memperagakan fesyen-fesyen tersebut, malah ia juga turut menunjukkan aksi ‘catwalk’ yang sebenarnya persis seorang model yang sedang berjalan di atas pentas peragaan.

Tolong tepi sikit, cik meow nak lalu.

Apa yang lebih menghiburkan, si bulus yang berwarna putih kelabu itu juga ‘sempat’ membetulkan shades (cermin mata hitam) yang turut digayakan olehnya sambil ‘sakan’ menayang fesyen baju yang dipakai tersebut.

Kucing Spek

 

Siap ‘tayang’ muka confident lagi

Bukan itu sahaja, ia turut menggeleng-gelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sambil ber‘catwalk’ seolah-olah ‘menayangkan’ rasa confident dengan fesyen yang digayakan itu.

Kucing Konfiden

Video yang berdurasi selama 22 saat itu ternyata berjaya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya berasa geram dan cair dengan kecomelan aksi si bulus sehingga ditonton sebanyak lebih daripada 99 ribu tontonan.

 

“Ini baru betul catwalk” – Netizen

Twit 3 1

Twit 2 1

Twit 1 1

Alahai comel je min tengok. Muka dengan gaya main peranan penting okay. 

Baca: [Video] Bulu Ekor Terbakar Disambar Api, Tapi Kucing Ni Tetap ‘Selamba’ Je Tengok Sampai Api Padam Baca Kucing 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.