in

Netizen Puji Polis Wanita Ini Menyusukan Bayi Yang Ditinggalkan, Walaupun Doktor Kata ‘Kotor’

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rupanya ada lagi manusia yang baik hati dan berperikemanusiaan kat dunia ni, ingatkan dah tak ada.


Kisah ni mengenai seorang anggota polis wanita di Argentina, Celeste Ayala yang bertugas di Hospital Kanak-Kanak Sor Maria Ludovica di Buenos Aires yang telah melakukan sesuatu yang diluar jangka.

48046618 1950056335030852 5312469680059842560 N

Pada satu hari Ayala terjumpa seorang bayi yang ditinggalkan dan ketika itu bayi tersebut sedang menangis, lantas Ayala terus bertanya kepada doktor adakah dia boleh menyusukan bayi tersebut

Saya perasan bahawa dia dalam kelaparan, kerana dia meletakkan jarinya ke dalam mulutnya, jadi saya meminta untuk memeluknya dan menyusukannya,”

39206531 1222743871200567 1013292040504475648 N
Sumber : facebook

Namun beliau dimaklumkan oleh kakitangan hospital tersebut bahawa bayi tersebut ‘kotor’ tetapi perkara itu bukan menjadi kebimbangan buat Ayala..yes! yang penting bayi tu…

Apa yang difikirkannya ketika itu hanyalah keselamatan dan kebajikan bayi yang ditinggalkan tersebut..mulianya hati wanita ni…

Menurut onlineyuba , ibu kepada bayi tersebut merupakan ibu tunggal, mempunyai 6 orang anak justeru perempuan tersebut tidak mampu untuk menjaga bayinya itu..

Netizen puji tindakan mulia polis wanita..

 

Gambar Ayala menyusukan bayi tersebut menjadi viral selepas kawannya, Marcos Heredia memuat naik gambar Ayala di laman facebooknya sehingga mendapat lebih 160 ribu likes dan 113,228 ribu perkongsian.

Malah rata-rata netizen memuji tindakan mulia wanita tersebut yang sanggup menyusukan dan menjaga bayi tersebut.

Alhamdulillah semoga budi baik wanita ini dibalas dengan selayaknya, tak semua sanggup melakukan seperti apa yang wanita ni buat.

Baca : Wanita Bersuamikan Kucing Lepas Kecewa Putus Cinta Dengan Bekas Teman Lelaki Setelah Bersama 7 Tahun

Featured 6 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.