Wanita ‘Bersuamikan’ Kucing Lepas Kecewa Putus Cinta Dengan Bekas Teman Lelaki Setelah Bersama 7 Tahun

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa tak suka kucing, haiwan comel berbulu dengan mata ‘menggoda’ pasti mencairkan hati ramai orang dari muda sampai ke tua.

Malah ada yang sanggup mengeluarkan wang beribu ribu ringgit untuk membela haiwan tersebut.

Berbeza dengan kisah yang admin nak ceritakan ni, apabila seorang wanita mengambil keputusan ‘bersuamikan’ kucing lepas dia putus cinta dengan boifrennya.

Barbarella Buchner berkahwin dengan 2 ekor kucing miliknya iaitu Spider dan Lugosi selepas kecewa dalam percintaan dengan bekas teman lelakinya setelah bersama selama 7 tahun.

“Kedua-dua kucingnya itu dipelihara  sejak 10 tahun lalu selepas mengambilnya dari pusat perlindungan kucing di London.”

“Kucing adalah cinta hidup saya. Saya tidak pernah menyesal malah tidak peduli apa yang orang perkatakan,” dakwa Barbarella.

Kahwin secara online….

 

Menurut sinar harian pada tahun 2004, Barbella mengambil keputusan untuk mengahwini kucingnya itu secara rasmi melalui sebuah laman web Marryyourpet.com.

Laman web itu menyenaraikan beberapa peraturan yang perlu dipersetujui sebelum membenarkan pelayar berkahwin dengan haiwan peliharaan, antaranya tidak dibenarkan untuk menganiaya haiwan kesayangan dalam apa jua cara.

Sumber : Google

Permohonannya diterima dan dia perlu membayar yuran berharga £20 (RM120) sebelum berkahwin dalam majlis secara online dengan hanya menekan butan “I do”.

‘Suami’ bantu pulihkan kekecewaannya…

Pelik tapi benar, Barbarella berkata ‘suami-suaminya’ itu membantu memulihkan keadaannya yang teruk dikecewakan selepas putus cinta.

“Bekas teman lelaki adalah individu yang paling penting dalam hidup saya sebelum ini sehinggalah perhubungan tersebut putus.

“Ia menyakitkan apabila putus, saya menangis beberapa minggu selepas gagal namun kucing-kucingnya itu membantu memulihkan emosinya. Mereka membantu menenangkan dan sentiasa ada dengan saya,”

Barbarella, seorang pereka laman web ini turut berkata bahawa dia juga tidak akan mengahwini kucing lain lagi sekiranya 2 kucing yang dikahwini itu mati.

“jika ada lelaki yang mendekati saya akan berterus terang bahawa saya telah berkahwin dengan kucing, dan jika mereka fikir saya pelik, saya tak pedulikannya,”

Aishh nak bela tu tak apa tapi tak perlu sampai berkahwin kot, kalau pun kecewa dengan seorang lelaki, kan banyak lagi lelaki-lelaki lain, kawan admin pun ramai…haha

Baca : [VIDEO] Aksi Kucing Redha Dipeluk Budak Bikin Netizen Geram

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.