in

Netizen Kurang Gemar Cara Pak Azad Petik Nama Mak Untuk ‘Bahan’ Tareq Fit

Ft Azad Tareq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad dan jurulatih kecergasan, Tareq Fit kini menjadi bualan hangat netizen. Menerusi Threads, Tareq mendedahkan mesej perbalahan antaranya dengan Azad.

Ia membuatkan ramai netizen kurang senang dengan selebriti tersebut apabila membaca cara Azad berdebat dengan Tareq Fit.


Artikel berkaitan: “Awak dulu g*muk tapi tak pergi dakwah” – Nizam Jentik-Jentik Berdebat Sampai Tareq Fit Terdiam?

Artikel berkaitan: “Ingat ko femes sangat ke kami nak tumpang” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka

“Cuba tanya mak ang sebab apa dia GRO dulu” – Azad

Dalam pendebatan mereka, dilihat Azad sering kali menggunakan istilah ‘mak ang’ yang merujuk kepada ibu Tareq. Dalam mesej tersebut, Azad berpesan untuk memikirkan nasib ibunya sebelum membuat sebarang tindakan untuk ‘menunggang isu’.

Tidak berdiam diri, Tareq Fit memberikan respon dengan menasihati Azad agar menjaga aurat ‘orang rumah’, bagaimanapun, Azad dilihat menggunakan sentimen ‘ibu’ itu untuk balas segala kenyataan yang diberikan oleh Tareq.

Situasi dilihat menjadi tegang apabila Azad cuba melabelkan ibu Tareq sebagai seorang GRO. Boleh rujuk di bawah ini.

“Ni ke akhlak seorang artist yang korang support?? Kurang ajar betul, aku tegur pasal, jangan tayang aurat orang rumah, jangan goyang-goyang, kau dah tua, jangan rosakkan akhlak ummah , tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tak elok langsung, percaya bila aku ckp pasal geng2 hiburan Haram ni, mengejek pasal kubur astaghfirullah alzeem.” – Tareq Fit

Tareq Azad 1 Tareq Azad 2 Tareq Azad 3 Tareq Azad 4 Tareq Azad 5

Menjengah ke ruangan komen, untuk kali ini, ramai yang meluahkan rasa kurang senang dengan kelakuan Azad yang melibatkan orang yang tidak bersalah dalam hal ini.

Bagi netizen, menggunakan ibu bapa pihak lawan dalam satu perdebatan merupakan titik terendah seseorang. Malah mereka sifatkan bahawa tindakan melabelkan ibu seseorang sebagai pekerja GRO juga dianggap keterlaluan.

Dalam pada itu, ada netizen yang ingin mengenal pasti punca Azad melakukan tindakan tersebut, ada netizen percaya bahawa kemungkinan Tareq ada melakukan sesuatu perkara yang menduga kesabaran penyampai radio itu.

Bahkan, ada juga yang kongsikan satu foto tangkap layar komen daripada Tareq Fit yang mempersoal dan mempertikaikan kredibiliti seorang bapa.

Tareq Vs Azad Tareq Vs Azad 3 Tareq Vs Azad 4 Tareq Vs Azad 5

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.