in

“Lepastu salahkan aku sebab kasar” – Tareq Fit Dakwa Kes Teater Di UM Berpunca Daripada ‘Hiburan Haram’

Ft Tareq Fit Um

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Lepas tu salahkan aku bila aku menjadi kasar” 

Itulah reaksi jurulatih kecergasan Tareq Fit berkenaan isu viral berkenaan persembahan teater yang berlaku di sebuah universiti awam baru-baru ini. Ia berikutan aksi dua pelakon teater dalam satu adegan yang dianggap tidak senonoh untuk dipertontonkan kepada awam.


Terpanggil dengan isu tersebut, Tareq Fit menyatakan tindakan berani mereka itu mungkin disebabkan oleh industri hiburan yang dilabelkan sebagai haram.

Artikel berkaitan: Netizen Kurang Gemar Cara Pak Azad Petik Nama Mak Untuk ‘Bahan’ Tareq Fit

Artikel berkaitan: “Ingat ko femes sangat ke kami nak tumpang” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka

Tareq Fit tetap dengan pendiriannya bahawa kaedah memberikan teguran dan nasihat yang secara kasar adalah cara paling berkesan.

“Dalam universiti, berani buat konten seperti ini. Inilah hasilnya bila ikut geng-geng hiburan haram, berlakon. Geng-geng hiburan haram, mereka menormalisasikan maksiat atas alasan seni. Mereka buat drama sampah kan, mereka yang sokong haram depan mata kita.”

“Geng-geng hiburan haram akan menghancurkan umat kita, terlalu manja, terlalu selesa menjadikan orang ramai tak sedar kesilapan apa yang dibuat.”

Kata Tareq Fit, tidak dinafikan individu boleh membuat teguran dengan cara lemah lembut, namun perlu melihat keadaannya. Namun dia merasakan cara kasar dan pedas itu paling ideal kerana baginya cara lembut boleh menyumbang kepada kerosakan masyarakat.

@tareqfit

#fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #malaysia

♬ Last Hope (Extended Journey) – Steve Ralph

“Muslim dah jadi Islam IC sebati dengan maksiat, tak tahu mana yang halal, mana yang haram. Ada keadaan kita perlu jadi lembut, tapi ada keadaan perlu menjadi kasar, keras dan pedas.”

Dalam pada itu, Tareq juga menasihatkan pada ustaz supaya tidak terlalu ‘memberi muka’ seandainya ingin membuat teguran.

“Zaman kita ni, terang-terang haram depan kita, lepastu mereka mencari alasan. Kebanyakan ustaz pun buat teguran secara lembut sangat, so aku nasihatkan kepada semua ustaz dan sesiapa yang mampu buat teguran, jangan terlalu manja, jangan terlalu lembut sebab akan merosakkan masyarakat kita.”

“Ada masa perlu merotan, tarbiyah, wajib menjadi kasar, pedas, baru orang sedar, sama anak kita, kita sebagai ayah dan mak bila kita terlalu manja dengan anak kita, anak kita rosaklah.”

Selain itu, Tareq Fit juga menyatakan bahawa dia akan memberikan tumpuan untuk menegur mana-mana artis yang menyebarkan maksiat.

“Zaman kita ramai orang kurang ajar, so kali ini aku akan fokus pada artis yang sebarkan maksiat.”

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.