in

Netizen Akhirnya Berjaya Bongkar ‘Lokasi’ Sajat, Rupa-rupanya Ada ‘Hint’ Dari Gambar IG!

Rahsia Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya sudah berbulan-bulan lamanya, usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat ‘hilang dari radar’ selepas pihak mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya kerana gagal menghadirkan diri dalam sebutan semula kes tanpa sebab pada 23 Februari lalu.


Semenjak dari itu, tiada siapa yang tahu di mana Sajat berada dan pihak polis juga sehingga kini masih tidak dapat memberkas usahawan ini.

Walau bagaimanapun, kalau dilihat pada posting Instagramnya baru-baru ini, kelihatan Sajat  seperti sedang ‘bercuti’ dan bersantai dengan di tepi pantai dengan pakaian bikini. Kat mana agaknya tu?? 

Jat 1

Jat 2

 

Lokasi rahsia Sajat terbongkar?

Disebabkan perkongsian Sajat tersebut, ia telah membuatkan netizen mula melakukan kerja ‘detektif’ dengan menyiasat di manakah keberadaannya.

Hasil daripada ‘siasatan’, seorang pengguna Facebook telah mendapati lokasi Sajat tersebut secara kebetulan sama betul dengan satu lokasi yang pernah dilawatinya sebelum ini. Ah sudah kantoi! 

Kantoi 1

188895190 1407054086325936 8158039570054185033 N

187582471 1407054102992601 6401500657575543841 N

187754045 1407054289659249 4155916843793457095 N

188715058 1407054202992591 4330298461332370314 N

191015493 1407054196325925 5457886436172489643 N

 

Bukan di Kelantan, Terengganu, Pahang tapi… 

Menerusi ruangan komen ramai yang membuat tekaan bahawa Sajat kini berada di Kelantan, Cherating lah atau pun Terengganu dek kerana biru air laut dan kawasan pantai yang cantik.

Tetapi semuanya terbukti salah selepas ada di antara netizen yang mendedahkan sebenarnya lokasi gambar tersebut ialah di Villa Maroc Resort, Pranburi yang terletak di Hua Hin, Thailand. Jadi betullah apa yang dikatakan pihak polis tidak lama dulu kan? 

Maqroc

Apa-apapun masih tidak dapat dipastikan sama ada apa yang dinyatakan netizen ini benar atau sekadar spekulasi.

Walau bagaimanapun, sekiranya benar Sajat berada di Thailand, harapnya dia pulanglah dengan segera untuk menghadapi kesnya di mahkamah dan jangan lupa untuk kuarantin dulu 14 hari ye bila balik nanti. 

Baca: “Ada yang kata di Johor & Kelantan… tapi dia tiada di sana” – Polis Yakin Sajat Berada di Luar Negara

Tiada

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.