in

“Ada yang kata di Johor & Kelantan… tapi dia tiada di sana” – Polis Yakin Sajat Berada di Luar Negara

Dimanakah Akal Yang Tuhan Berikan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mengaku yang dia masih ada di Malaysia iaitu lebih tepat di Johor Bahru dan tidak melarikan diri ke mana-mana.



Namun perkara ini bercanggah apabila pihak polis hari ini memberitahu ada petunjuk ‘kuat’ mengatakan usahawan itu kini kemungkinan besar memang ada di luar negara.

Sajat 1 1

Menurut Astro AWANI, ketika ditanya sama ada Sajat kini berada di Thailand, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih menyiasat semua maklumat yang diperolehi.

71619417973 Datukacrylsani

“Bagaimana dia berada di sana (Thailand) Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang memungkinkan dia boleh berada di luar negara. Walau apa sekalipun, kita tidak akan putus asa untuk mengesannya.

“Jadi, apa pun kita akan bantu mahkamah syariah untuk mengesan dia (Nur Sajat) kerana kes ini merupakan kes mahkamah syariah.

“Kita akan bantu mengikut kemampuan kita dan kita percaya kita telah berusaha dan kalau subjek ini berada dalam negara kita InsyaAllah kita akan dapat jejak dan kesan. Sementara waktu ini kita perlu bersabar dahulu,” katanya.

 

“Dia tiada di sana” 

Pihak polis juga katanya telah menerima banyak maklumat yang mendakwa Sajat berada di pelbagai lokasi di negara ini. Namun setelah disiasat, ternyata usahawan tersebut tiada di sana.

Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Jadi maklumat itu kita ambil tindakan dengan elemen kita di setiap tempat dan jika betul akan dapat dikesan.

“Tapi apa yang berlaku dia tiada di sana,” katanya lagi.

Sajat 2

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirikan diri pada sebutan semula kes tanpa sebab pada 23 Februari lalu.

Sebaik saja waran tangkap dikeluarkan, Sajat katanya telah menghilang diri dan sehingga kini hanya muncul di media sosial dalam waktu-waktu tertentu namun tidak diketahui keberadaannya di mana kini.

Manalah agaknya Sajat ni berada ye? Tak lama lagi nak raya dah. Tak nak balik raya ke Bang Jat? 

Baca: “Banyak manusia munafik!!!” – Setelah Lama ‘Menghilangkan Diri’, Sajat ‘Marah-Marah’ Di IG?

Saja

Sumber: Instagram
Sumber: Astro AWANI
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.