in

“Nenek baru je keluar hospital & makin sembuh” – Bekas Jiran Datang Melawat, Rupa-rupanya Nak Promote Pakej Keranda

Keranda3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak ke biadap namanya tu? Lepas lama tak jumpa sejak tahun 2001 tiba-tiba datang melawat, ingatkan nak tanya khabar rupa-rupanya datang ada sebab, lebih teruk lagi siap tak jaga sensitviti lagi.


Cerita daripada seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Tia telah mendapat perhatian netizen di negara tersebut terhadap apa yang menimpa kepada dirinya.

Perkongsian yang di muat naik menerusi Instagram @tia_sintoko, menzahirkan rasa terkilannya dengan bekas jirannya yang datang melawat sejak pindah rumah pada tahun 2001 dulu.

 

Promote keranda dengan orang uzur

Pasti akan rasa tersinggung apabila tindakan yang dia buat itu lebih-lebihh lagi jika ia melibatkan kematian.

Menurut Tribunnews, sekitar jap 4.30 petang , 26/11/2020 lepas, ada seorang wanita datang kerumah Tia yang terletak di Yogyakarta.

“Saya sampai rumah dari pulang kerja, ada tetangga yang datang ke rumah. Beliau ini sudah pindah rumah dari kampung saya sejak tahun 2001.” 

Kata Tia, memandangkan dah lama tak jumpa, Tia dan keluarganya sambut bekas jirannya dengan hati terbuka,

“Setelah saya keluar ternyata beliau sudah masuk ke kamar nenek. Posisi saat itu ibu saya sedang akan mengganti pampers nenek saya.”

Kata Tia, semasa bekas jirannya melawat nenek dalam bilik, depan-depan nenek dia yang dah keuzuran ditawarnya pakej keranda.

Semasa di dalam bilik ibunya, dia terus mengeluarkan risalah pakej keranda itu beritahu saiz apa yang sesuai neneknya.

Waktu itu, Tia mengaku sangat emosi melihat tingkah laku bekas tetangganya itu dan memintanya untuk keluar dari rumahnya.

“Dan sebelum pulang, orang ini masih menawarkan peti kepada bibi dan saya lewat katalog peti mati dengan menyebut harga, spek, dan lain-lain. Saya berusaha untuk sabar, walaupun saya emosi sekali, jangan sampai malah nanti mempermalukan keluarga.”

 

 

Saya abadikan sekalian sebagai bukti ke grup keluarga, bahwa dia datang ke rumah hanya menunggu kematian nenek saya,”

Tia anggap apa yang dilakukan oleh bekas jirannya itu sangatlah keterlalun, tambahnya, kalau ia ditawarkan kepadanya, Tia memang rasa tak apa-apa tetapi si bekas jiran itu pergi tawarkan dengan neneknya yang sedang tenat.

Lebih menyinggung perasaan Tia lagi apabila neneknya baru beransur pulih dan baru pulang dari hospital sejak 3 minggu lalu.

Tia berharap perkongsiannya ini dapat dijadikan teladan kepada mereka tentang etika untuk menjual barang.

“Mencari nafkah yang bergerak dalam bidang jasa boleh saja, tapi ya hati nuraninya, akal dan akhlaknya dipakai.” 

Kena jaga sensitiviti kalau ya nak kaut untung sekalipun.

 

Baca : Tuah Tukang Keranda Jadi Jutawan ‘Instant’ Lepas Batu Meteor Berusia 4.5 Bilion Tahun Jatuh Dalam Rumah!

Keranda4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.