in

“Nasib baik tak tanam” – Lelaki Disahkan Meninggal Oleh Doktor ‘Terjaga’ Betul-betul Sebelum Masuk Kubur Sebab…

Collage 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibarat diberi peluang kedua, macam tu lah agaknya perasaan keluarga dari India ni bila sesuatu berlaku semasa mereka sedang uruskan jenazah anaknya yang diisytiharkan mati oleh doktor.


Menurut The Independent, Mohammad Furqan telah terlibat dalam kemalangan pada 21 Jun hingga menyebabkan dia cedera parah dan terpaksa dirawat di hospital selama berhari-hari sebelum dia disahkan meninggal pada hari Isnin, 1 Julai lalu.

Abang Furqan, Mohammad Irfan berkata, selepas adiknya ini disahkan meninggal, mereka telah membawa jenazah adiknya untuk dikebumikan dan segala persiapan pengebumian dah disiapkan. Kubur pun dah gali.

Ilustrasi Jenazah Mayat 20170519 084940
Gambar hiasan

Kami terkejut, masa tengah buat persiapan pengebumian, kami terlihat otot Furqan bergerak”

Furqan yang berusia 20 tahun ini bangun betul-betul sebelum dia ditanam di dalam kubur.

Terkejut dengan apa yang mereka lihat, keluarga ini terus menghantar Furqan ke hospital Ram Manohar dan bila diperiksa, doktor di sana menemui yang remaja ini masih hidup lagi!

“Pesakit ni dalam keadaan kritikal, tapi dia bukan mati otak. Nadi dia berdenyut, tekanan darah dan refleksnya masih berfungsi. Dia sekarang dah diberikan bantuan pernafasan.” – Ketua pegawai perubatan Lucknow Narendra Agarwal

Rupa-rupanya, Furqan disahkan meninggal oleh doktor selepas keluarga dia memberitahu pihak hospital yang mereka kekurangan duit untuk terus bayar yuran hospital.

“Kami dah bayar INR700,000 (RM41,507) kepada hospital swasta tersebut dan bila kam beritahu yang wang kami tak mencukupi, mereka mengesahkan Furqan meninggal.”

Ketua pegawai perubatan berkata yang mereka akan mengambil serius tentang insiden ini dan akan membuat siasatan dengan teliti.

Macamlah tak ada cara lain untuk settlekan masalah kewangan selain dari sahkan pesakit tu mati kan? Mana intergriti doktor kat hospital tu?

 

Baca: Baru Pertama Kali Naik Flight, Lelaki Ini Terus Buka Pintu Emergency Lepas Landing Sebab Nak Keluar Cepat

Screenshot 2019 07 09 At 10.32.03 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.