Kalau kita baru pertama kali merasai sesuatu, kenalah patuh dengan arahan yang diberikan, naik kepal terbang bukan macam naik kereta atau bas, ada prosedur tersendiri bagi memastikan keselamatan kita terjaga.
Ada seorang lelaki berusia 65 tahun yang baru pertama kali naik pesawat cuba buka pintu kecemasan sebab tak nak tunggu lama, Menurut Word Of Buzz, lelaki yang lebih dikenali dengan nama Song itu kemudiannya ditahan selama 10 hari di wilayah Zhejiang China.
Buka pintu sebab nak skip beratur panjang keluar pesawat
Ceritanya macam ni, pada 21 April lepas, Song nak pergi travel dengan keluarganya menggunakan penerbangan Shandong Airlines. Dia dari Jinan (China utara) nak ke Putuo (China selatan).
Semasa kapal terbang nak mendarat, Song jadi tak menyabar nak tunggu pesawat tu berhenti, jadi dia buka pintu kecemasan untuk skip daripada beratur.
Tak jadi keluar sebab…
Bagaimanapun dia masuk balik lepas dia tengok tak ada tangga untuk dia turun daripada kapal terbang, malah dia juga telah diperhatikan oleh kakitangan penerbangan dan pihak pengawal lapangan terbang tu.
Ketika ditahan, dia menjelaskan kepada kakitangan dan pengawal keselamatan bahawa dia baru pertama kali menaiki pesawat dan tak tahu yang dia tak sepatutnya guna pintu kecemasan untuk keluar. Walaupun ada isyarat dan notis terpampang disitu.
Nasib baiklah staff boleh tutup balik tanpan menyebabkan sebarang delay pada penumpang.
Bagaimanapun, dikhabarkan song telah didenda oleh pihak berkuasa atas kelakuannya itu, sebelum ini pernah juga terjadi kes macam ni. Ada seorang lelaki tu kena denda RM42,835 sebab buka pintu kecemasan sebab nak dapatkan udara segar lepas kapal terbang mendarat.