in

“Nasib baik bukan king cobra” – Tulis ‘Boots Bola’ Dekat Parcel, Rupa-Rupanya Pengirim Pos Ular Sawa

Parcel Ular

Khidmat pos barang ni memang senang and memudahkan hidup kita kan? Yela, dengan jaminan sampai keesokan hari, mudah bagi pengirim terutamanya orang yang berniaga untuk jual barang dekat kawasan luar negeri.

Namun, ada pula orang yang ambil kesempatan untuk pos benda yang tidak sepatutnya. Of course ada rules yang menyatakan beberapa jenis barang tidak dibenarkan untuk dipos. Pernah jadi sebelum ni, orang hantar sihir guna pos pun ada tau!

 

Tapi, kali ni ada pula pengirim pos haiwan dalam kotak kecil! Melalui posting di Facebook, individu tersebut didapati menggunakan taktik menipu pada kertas consigment di mana dia menulis ‘barang’ itu sebagai boots bola. Melalui gambar tu, parcel tersebut dihantar dari alamat pengirim yang terletak di Gopeng dan sepatutnya sampai kepada penerima di Pulau Pinang.

Parcel3 1

Tidak dinyatakan mengapa pihak pos membuka parcel tersebut namun selepas kotak itu dikoyakkan ternyata rupa-rupanya pengirim itu pos ular sawa! Boleh tahan jugalah saiz ular tu dan pengirim boleh sumbat je dalam kotak kecil macam ni.

Parcel1

Parcel2 1

Netizen yang ternampak posting itu rata-ratanya terkejut dan berkata nasib baik ianya bukan ular berbisa sebab kalau tak staf tu mungkin dah cedera. Ada juga yang tak sangka pengirim tu tergamak sumbat ular dalam kotak sekecil tu.

Macam-macam hal dorang ni kan…

Baca: Lelaki Terkena Penyakit Ilmu Hitam Selepas Buka Sampul Pos Laju Kosong

Ilmu Hitam

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook