in

Lelaki Terkena Penyakit Ilmu Hitam Selepas Buka Sampul Pos Laju Kosong

Ilmu Hitam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar sebelah kiri sekadar hiasan.


Walaupun dunia sekarang sudah moden serba serbi, masih ada lagi manusia yang percaya dan mengamalkan ilmu hitam.

Bukannya mereka ini tidak tahu dosa pahala ataupun akibat dari perkara buruk ini, namun demi melempiaskan rasa dendam mereka sanggup membuat perjanjian dengan syaitan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Abdillah Mignolet telah menceritakan pengalamannya terkena penyakit misteri yang berasal dari membuka sebuah sampul pos laju kosong.

Berikut apa yang diceritakannya:

Parcel ini aku dapat awal puasa. Mula-mula hairan. Yelah, aku tak pesan apa-apa masa itu. Nama sender tak jelas, alamat entah apa-apa.”

19875135 1562493120462031 6613187055557710353 N
sumber: facebook

Lalu tanpa berfikir panjang, Abdillah membuka bungkusan tersebut. Kemudian sesuatu yang pelik terjadi ke atas dirinya.

Aku pun bukalah sampul tu. Apa ada dekat dalam adalah kosong. Ya, kosong tapi satu bau yang sangat wangi muncul. Satu malam semua orang tegur aku wangi semacam.”

Haa dah start rasa seram dah ni…

19875230 1562078710503472 9095820676366088705 N
sumber: facebook
19959362 1562079183836758 9093441351293033589 N
sumber: facebook

Namun semuanya bertambah buruk apabila Abdillah berpeluh dan bau tersebut mulai kuat. Apabila dia bangun dari tidur, badannya jadi lemah tidak seperti selalu dan perkara tersebut berlanjutan pada hari-hari seterusnya.

Ramai sahabat dan orang-orang sekeliling mula menegur perubahan yang berlaku pada dirinya. Namun Abdillah tidak mampu melakukan apa-apa.

“Aku jadi pelupa, semangat aku memang tak ada. Jiwa aku kosong. Satu hari aku rasa sangat panjang. Semalam aku rasa macam dah tiga hari berlalu,” luahnya.

Malah Abdillah juga menjadi benci untuk bercakap dengan sesiapa dan suka untuk duduk di dalam gelap. Sikapnya yang suka membantu rakan-rakan di dalam kesusahan juga berubah. Apabila ada kawan yang perlukan wang, Abdillah memarahi mereka kembali kerana asyik memintanya wang.

Aku tak suka makan. Aku cuma suka minum sebab badan aku panas. Macam tak logik kan. Sebab kau belum kena. Aku dah rasa sakitnya.”

Kesepian 1
gambar hiasan

Namun, Abdillah tidak mahu menyentuh soal masalah perhubungan dan keluarga yang dihadapinya sepanjang menghidapi penyakit misteri itu. Baginya ia hal yang sangat personal, pun begitu cukuplah dia mengatakan bahawa dia sudah ‘kehilangan semuanya’.

Walau bagaimanapun, Abdillah akhirnya berjaya dirawati.

“Aku bukan tak percaya benda tahyul. Tapi benda tu pun dah jadi kat aku. Mula-mula memang aku tak sedar benda ini berlaku. Alhamdulillah sekarang aku dah okey. Boleh bawa perasaan tenang tu datang balik. Terima kasih pada yang merawat aku.”

Sebelum mengakhiri perkongsiannya, Abdillah berpesan supaya orang ramai berhati-hati jikalau mendapat barang pesanan dari pengirim yang tidak dikenali. Pastikan anda periksa terlebih dahulu kerana kita sendiri tidak mengetahui siapa yang berdendam dan bermusuh dengan kita.

Backstabber
gambar hiasan

Malah menurutnya, Abdillah tahu perkara tersebut angkara siapa namun dia memilih untuk tidak menyimpan dendam.

Alamat korang, nama penuh… kalau boleh rahsiakan sikit. Sebab aku tak beringat. Aku jadi macam ini.”

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen dari netizen kebanyakannya mengingatkan pasangan mahupun rakan dan keluarga akan bahaya perkara tersebut. Ada juga yang sempat berkongsi nasib dan kisah yang hampir sama menimpa mereka.

Pos 1
sumber: facebook
Pos 3
sumber: facebook
Pos 2
sumber: facebook

Betul atau tidak, kita haruslah sentiasa berwaspada. Ada betul juga kata netizen di atas tu. Kita tak tahu siapa musuh kita dan apa niat mereka terhadap kita. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. 

Baca: Dengki Melihat Kebahagiaan Kawan, Wanita Ini Mengaku Hantar Sihir

Sihir 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.