“Hasil titik peluh kumpul duit” – Niat Nak Hadiahkan Isteri Gelang Emas Sekali Parcel Dikoyak, Barang Kena ‘Rembat’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Hasil titik peluh kumpul duit” – Niat Nak Hadiahkan Isteri Gelang Emas Sekali Parcel Dikoyak, Barang Kena ‘Rembat’

Tak semua orang mampu miliki emas. Ada yang sanggup berusaha mengumpul duit demi menghadiahkan barangan emas kepada insan tersayang. Namun, usaha titik peluh seorang lelaki menabung untuk hadiahkan gelang emas kepada isterinya punah apabila barang itu lesap entah ke mana.

Melalui perkongsian di Facebook, Raf Muhammad menceritakan bagaimana dia mengumpul duit setiap bulan untuk membelikan gelang emas buat isterinya. Namun, apabila bungkusan sampai di tangan, parcel tersebut telah dikoyakkan dan emas yang sepatutnya diberi kepada isteri, hilang.


Kumpul duit bulan bulan nak beli isteri gelang emas. Sampai sampai barang tak ada, dah kena rembat. Mungkin tak ada rezeki isteri nak pakai gelang emas hasil dari titik peluh aku.”

Parcel1Sumber: Facebook

Berkongsi dengan Lobak Merah, Raf berkata dia membeli gelang emas tersebut melalui FB Marketplace dan menurutnya itu adalah kes pertama yang berlaku kepada seller tersebut di mana emas dibeli pelanggannya hilang. Kata Raf,

Saya beli dari Facebook. Seller tu memang tak ada masalah, ni kes pertama (yang berlaku) kepada seller. Saya memang tak tuduh seller.”

Memang parcel saya dah kena koyak cuma saya tak perasan. Saya syak kurier sebab parcel tu koyak dekat belakang consigment tu.”

Parcel3Sumber: Facebook

Menurutnya lagi, selepas perkongsiannya menjadi viral, syarikat kurier telah memberikan kerjasama untuk membantu selesaikan masalah ini dan laporan polis juga telah pun dibuat.

Raf yang juga bekerja sebagai posmen bagaimanapun mendoakan individu yang mencuri gelang emas itu diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya tidak lagi mencuri sebegitu.

Kepada budak-buak P****** yang ambil barang aku ni, aku doakan Allah berikan kamu hidayah dan diberikan rezeki yang melimpah ruah supaya kamu tak mencuri lagi. Aku pun kerja posmen jugak, gaji pon tak besar. Takpelah takda rezeki kami.”

https://www.facebook.com/100003074131832/posts/3456279414484496/?d=n

Baca: “Barang rosak yg rugi seller & buyer tau!” – Isu Kurier ‘Mogok’, Netizen Marah Pekerja Campak ‘Parcel’

1Jnt

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Hasil titik peluh kumpul duit” – Niat Nak Hadiahkan Isteri Gelang Emas Sekali Parcel Dikoyak, Barang Kena ‘Rembat’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/hasil-titik-peluh-kumpul-duit-niat-nak-hadiahkan-isteri-gelang-emas-sekali-parcel-dikoyak-barang-kena-rembat/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM